"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Azhar Shukur calon AMANAH di Sg Besar?

Jika sebelum ini, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu atau Mat Sabu disebut-sebut sebagai antara nama yang dicalonkan bagi pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar, kini difahamkan terdapat individu lain yang akan menjadi calon parti berkenaan untuk bertanding kawasan itu.

Malaysiakini difahamkan, parti serpihan PAS tersebut mungkin akan meletakkan calon tempatan iaitu Pengerusi AMANAH cawangan Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Azhar, 50, yang berasal dari Sungai Besar merupakan seorang bekas guru dan kini menjalankan perniagaan sendiri.

Sebelum ini, selain Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, turut dinamakan ialah Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub serta bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bagaimanapun, Nizar dikatakan mungkin akan menjadi calon bagi kawasan Parlimen Kuala Kangsar.

Pakatan Harapan akan mengumumkan calonnya pada Rabu ini.

Khamis lalu, AMANAH mengemukakan dua nama calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Sebelum ini juga, PKR didakwa mengadakan rundingan bersama PAS dalam isu meletakkan calon di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, PAS berpendirian untuk tetap meletakkan calon mereka di dua kawasan tersebut memandangkan ia merupakan kerusi tradisi parti Islam berkenaan.

PAS kemudian meletakkan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calonnya di Sungai Besar.

Manakala BN pula meletakkan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.

Pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.
-malaysiakini

Tiada ulasan: