"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Dua haluan berbeza akhirnya pecahkan Pas

Pahrolrazi anggap Amanah muncul sebagai penerus legasi Tok Guru Nik Aziz
A.aaz
zZ
z

Pahrolrazi anggap Amanah muncul sebagai penerus legasi Tok Guru Nik Aziz

Kewujudan dua pendekatan yang dinamakan haluan terbuka menerima kaedah mengadakan pakatan dengan pihak di luar parti dan haluan tertutup yang berfahaman sebaliknya adalah punca wujudnya dua polar dalam Pas yang akhirnya menimbulkan perselisihan yang berakhir dengan kemunculan parti baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah).

Demikian penjelasan yang diberikan anggota pimpinan nasional Amanah, Datuk Pahrolrazi Zawawi dalam satu dialog di Kota Bharu.

Menurut beliau, Pas satu ketika telah menjadi satu parti besar yang disertai oleh pelbagai latar belakang masyarakat negara ini sama ada berpendidikan agama atau asalnya mengikuti pendidikan konvensional.

Dari kalangan berpendidikan agama pula katanya ada yang mendapat pendidikan dalam negara dan yang lain belajar di luar negara khususnya Timur Tengah.

"Ini menyebabkan berlaku dua jenis kaedah dalam menjayakan dakwah dan politik Islam berhubung cara berhadapan kumpulan-kumpulan yang tidak bersama gerakan Islam sama ada mereka muslim mahupun bukan muslim.

"Satu pihak mengambil pendirian keras secara pukul borong menganggap orang lain adalah musuh Islam dan satu-satunya cara ialah memasukkan mereka menjadi seperti kita sehingga akhirnya kita menang bila majoriti bersama kita.

"Satu pihak lain pula berpendapat mereka yang di luar kumpulan kita tidak perlu jadi seperti kita untuk berpakat dengan mereka, sebaliknya cukup sekadar bergabung dengan mereka berdasarkan isu-isu yang serupa," katanya.

Dari sinilah munculnya kaedah tahalluf siyasi yang menjadikan Pas berada dalam pelbagai pakatan dan yang paling berjaya Pakatan Rakyat.

Menurut beliau walaupun sejak dulu telah wujud kumpulan keras yang tidak bersetuju jenis pakatan ini, mereka terpaksa tunduk kepada arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu memihak kepada pendekatan pakatan dengan pihak lain.

Sekarang katanya kumpulan itu menguasai parti dan mereka membuat pelbagai cara untuk ketepikan idea berpakat dengan pihak lain menjadikan parti akhirnya bertelagah, pecahbelah dan kemunculan Amanah sebagai parti Islam baru.
Presiden Pasma Pahrolrazi Zawawi sampaikan bantuan kepada golongan Asnaf di Rantau Panjang
Presiden Pasma Pahrolrazi Zawawi sampaikan bantuan kepada golongan Asnaf di Rantau Panjang
Mengulas gertakan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah, bahawa Amanah perlu bertanggungjawab jika Pas kalah di Kelantan, beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang pelik dan nakal.

"Kalau Pas kalah, yang pasti Pas yang salah kerana gagal menyempurnakan usaha untuk menang.

"Tak kan orang kalah dalam pertandingan akan kata pihak lawan kena bertanggungjawab atas kekalahan kami," kata beliau.

Lagi pun menurut beliau pilihan raya adalah keputusan rakyat yang mengundi, mereka mesti dihormati kerana jika mereka membuat sesuatu pilihan tentu mereka pilih yang lebih baik bukan yang lebih buruk.

"Kalau mereka pilih Amanah tentu kerana Amanah lebih baik, kerana mereka yakin Amanah mampu urus kerajaan Islam yang lebih baik daripada Pas," katanya

Pahrolrasi yang juga Presiden Pasma sebelum itu menyampaikan bantuan kepada golongan Asnaf di Rantau Panjang sebagai acara kemasyarakatan berjadual NGO itu.
-malaysiadateline-

Tiada ulasan: