"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Hangat!! Ramai ahli Umno sertai Amanah selepas Deklarasi Rakyat

Jentera Amanah Melaka yang datang untuk membantu calon Sg Besar.
Bekas AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman mendakwa, penyertaan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) kini berbondong-bondong terutama dari kalangan ahli Umno selepas Deklarasi Rakyat.

Mazlan berkata, kewujudan Amanah terutama di Semenanjung semakin dirasai sehingga tidak hairanlah dianggap menjadi ancaman kepada Pas selain Umno-BN.

“Saya bangga bendera Amanah sudah terpacak di tepi jalan. Malah, ketika saya singgah berhenti minum, ada yang menyapa dan bertanyakan saya kenapa tinggalkan Pas selain ada juga bertanyakan borang (keahlian) Amanah.
Mazlan Aliman berucap lancar jentera Melaka di Sungai Besar.
Mazlan Aliman berucap lancar jentera Melaka di Sungai Besar.
“Sebabnya, Amanah sebagai parti Islam yang progresif tampil dengan pendekatan peduli rakyat. Bahkan ramai aktivis masuk Amanah dan jadi pendukung utama.

"Saya juga difahamkan berbondong-bondong ahli Umno masuk Amanah selepas pelancaran Deklarasi Rakyat,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah.

Berucap ketika melancarkan jentera pilihan raya Amanah Melaka bagi membantu kempen di PRK Sungai Besar malam tadi, beliau berkata, Amanah sebagai parti baharu yang berusia lapan bulan itu bukan sahaja menentang BN.

“Saya bimbang kita bukan lawan dengan BN sahaja tapi sekarang yang kita juga hadapi adalah kawan-kawan kita dari parti sejarah,” jelasnya merujuk kepada Pas.

Menurutnya, pelbagai tohmahan daripada pihak Pas ke atas Amanah tidak harus melunturkan semangat ahli dan penyokong parti itu yang juga merupakan rakan penting dalam Pakatan Harapan.

“Dahulu, sama berusrah, tidur sebantal tapi sekarang apa yang tidak mereka maki kepada kita? Adakah kita akan berputus asa atau kecewa dalam perjuangan, mundur ke belakang? Walaupun mereka (Pas) kata kita macam-macam tapi ingatlah penubuhan Amanah adalah atas nama perjuangan Islam dan rakyat.

“Penyertaan Amanah dalam pilihan raya adalah langkah untuk kita meneruskan perjuangan dengan pendekatan lebih berkesan,” tegasnya di hadapan kira-kira 300 pimpinan dan ahli Amanah Melaka serta masyarakat setempat di Sungai Rambai, Jasin.

Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun depan sekali lagi menguji Amanah dalam proses demokrasi di negara ini, ujar Mazlan.

Ahli Jawatankuasa Amanah itu berkata, semua jentera pilihan raya parti perlu bersedia dengan cabaran getir sepanjang tempoh berlangsungnya kedua-dua PRK pada bulan Ramadan berkenaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari memberitahu sebanyak enam kawasan Parlimen di negeri itu terlibat bagi membantu kempen calon di Sungai Besar.

“Lebih kurang 200 petugas dari Melaka akan terlibat termasuk yang mendaftar sebagai sukarelawan. Mereka akan ditempatkan di bilik gerakan dan pusat mengundi di sana (Sungai Besar),” ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.
-malaysiadateline

Tiada ulasan: