"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Ilham Centre cadang Amanah bertanding di Sungai Besar sahaja


Hisomudin Bakar
Parti Amanah Negara (Amanah) dicadangkan bertanding di Sungai Besar sahaja dalam pilihan raya kecil kali ini manakala Pas pula dicadangkan bertanding di Kuala Kangsar sahaja.

Cadangan ini dikemukakan oleh pengkaji bebas Ilham Centre selepas turun beberapa hari di lapangan dan membuat kajian rekod pilihan raya yang lalu.

"Jika pun Pas mahu meneruskan hasratnya bertanding di kedua-dua kerusi, saya cadangkan Amanah kekal bertanding di Sungai Besar sahaja.

"Amanah berpeluang menang dengan sokongan penuh undi Cina di Sekinchan, dalam kawasan Sungai Besar sedangkan dalam masa yang sama undi Cina tidak lagi akan bersama Pas dalam pilihan raya ini.

"Oleh itu Amanah lebih berpeluang menang di Sungai Besar dan jika Pas masuk ke sini, mereka akan menjadi parti ketiga selepas BN dan Amanah," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre kepada Malaysia Dateline.

Menurut beliau, dalam pilihan raya lalu, calon Pas mendapat 70.3% undi Cina di Sungai Besar iaitu kira-kira 8000 undi sedangkan purata undi Cina untuk calon-calon Pakatan Rakyat di Selangor dalam PRU 13 adalah 88%.

"Jika Pas bertanding di sini, saya jangkakan Pas akan hilang undi Cina hingga 5,000 dari 8,000 undi dahulu.

"Jika ini berlaku, Pas hanya berharap kepada undi Melayu sahaja," kata Hisomuddin yang mempunyai rekod yang sangat baik dalam kajian pilihan raya.

Dalam pilihan raya umum 2013, Allahyarrham Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dalam kemalangan hekopter di Sarawak baru-baru ini mendapat 18,695 undi mengalahkan calon Pas Mohamed Salleh Husin, yang mendapat 18,296 undi dengan majoriti kecil 399 undi.

Sejumlah 33% pengundi Sungai Besar adalah Cina yang kebanyakannya tertumpu di Dun Sekinchan yang dimenangi calon Dap, Ng Sue Lim.

Ramalan Ilham Centre dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu hampir tepat berbanding dengan keputusan sebenar pilihan raya itu.

Sebaliknya, kata Hisomuddin, Pas lebih berpeluang untuk menang di Kuala Kangsar berbanding dengan Amanah kerana peratusan undi Cina di sini hanya 24% sahaja.

"Jika Amanah masuk juga ke Kuala Kangsar bersama Pas dan BN, Amanah hanya akan menjadi parti ketiga sahaja," kata beliau.

Jika pertandingan hanya antara Pas dan BN, Pas berpeluang menang di Kuala Kangsar jika mendapat sokongan padu dari parti-parti pembangkang yang lain melawan BN.

"Jika Amanah hanya bertanding satu sahaja, pengundi akan melihat parti baru itu tidak sombong dan bakal mendapat simpati dari masyarakat.

"Begitu juga Pas. Jika bertanding di kedua-dua kawasan, Pas akan dilihat sombong dan nama baik di mata rakyat akan tercalar," katanya.

Tiada ulasan: