"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Khir Toyo Mungkin Bertanding Atas Tiket PAS?

KUALA LUMPUR – Portal pro-UMNO, Mykmu.net membayangkan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo akan membuat “comeback” dengan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar bulan hadapan.
Menurut portal tersebut, desas-desus mengenai perkara itu semakin bertiup kencang apabila bekas Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu dikatakan akan membuat satu kejutan besar menjelang proses penamaan calon 5 Jun ini.

“Justeru soalan yang lebih relevan ialah apakah Dr Mohamad Khir akan membuat kejutan dalam Pilihan Raya Kecil ini atau meninggalkan terus dunia politik tanah air.

“Melihat kepada populariti Mohamad Khir di Sungai Besar, tidak mustahil Mohamad Khir akan membuat misi “berani mati dalam kerjaya politik” beliau buat kali terakhir,” memetik laporan portal tersebut.

Paling menarik portal tersebut turut membayangkan Mohamad Khir mungkin akan menentang calon Umno dan Barisan Nasional dengan bertanding sebagai calon PAS atau Bebas.

“Jika Mohamad Khir memutuskan untuk mencuba nasib, apakah Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan mencalonkan beliau? Atau mungkinkah beliau bertanding sebagai calon bebas untuk “membalas dendam” kepada kepimpinan UMNO?

“Malah tidak mustahil jika kejutan yang lebih besar ialah beliau bertanding atas tiket Pas berdasarkan hubungan baik beliau dengan Pas kawasan dan beberapa rakannya dalam Pas Pusat sekarang,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu sidang akhbar khas pada Jumaat, menetapkan 18 Jun sebagai tarikh PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

PRK bagi kedua kerusi tersebut kosong berikutan kematian wakil-wakil rakyat kawasan itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), BN menang majoriti tipis 399 undi di Parlimen Sungai Besar.

Noriah yang kali ketiga bertanding mendapat 18,695 undi, sementara calon PAS Mohamed Salleh Husin mendapat 18,296 undi.
-SuaraTV-

Tiada ulasan: