"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


P93 Sungai Besar PAS Bakal Kalah Tiga Ribu Undi

ramziredang
"Ini bukan analisis cara penganalisis hebat hebat di dalam PAS. Ini analisis simple cara orang kampung. Dalam parlimen sungai besar ada dua dun. Iaitu dun sungai panjang dan dun sekinchan. Dari segi undi parlimen yang lalu, konon PAS sangat berbangga hanya tewas majoriti tipis 399 undi. Padahal jika kita perhatikan jumlah undi di dua dun di dalam parlimen tersebut, maka kita akan fahamlah PAS ni memang perasan je lebih. Aku jangka PAS akan kalah tiga ribu undi andai hanya PAS bertanding lawan BN dan aku memang sangat berharap PKR, DAP atau Amanah tidak kacau daun.
Dun sungai panjang adalah kawasan temurun khir toyo dengan jumlah undi lebih 80% adalah orang melayu. Ketika PRU13, wakil PAS kalah lawan BN dengan majoriti lebih dua ribu undi. Ringkasnya di kawasan melayu PAS kalah.

Dun sekinchan kawasannya adalah 60% pengundi china dan PRU 13 DAP mengalahkan BN lebih dari dua ribu undi. Ringkasnya di kawasan cina DAP menang.

Jadi PAS kalah dua ribu, DAP menang dua ribu mengikut pecahan dun dalam parlimen sungai besar.

Secara ringkasnya dalam dua dua dun tersebut, untuk rumusan parlimen, tidak adapun kekuatan PAS yang boleh dibangga banggakan. Jelas sekali PAS tewas nipis dalam parlimen yang lalu bukan kerana kekuatan PAS langsung. Ia adalah kekuatan bukan melayu yang pada masa itu menyokong Pakatan Rakyat.

Jelas sekali pilihanraya parlimen sungai besar ini adalah sesuatu yang sangat ditakuti oleh PAS. Ia boleh menjadi ukuran sebenar samada pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat akan diajar cukup cukup oleh rakyat Selangor atau rakyat dapat memahami apa yang dibuat oleh PAS.

Pendapat saya, adalah lebih baik PKR, DAP ataupun Amanah tidak bertanding. Supaya keputusannya nanti dapat jadi rumusan yang jelas kepada PAS dan PH. Andaikata PAS menang maka jelaslah PH perlu berhati hati dan muhasabah yang menyeluruh. Andaikata PAS kalah, PH boleh berrnafas lega kerana jelas penerimaan rakyat terhadap pakatan rakyat yang mendorong PAS tewas tipis PRU parlimen lalu.

Lagipun, momentum sokongan rakyat terhadap PH jangan dibiarkan menurun. Jangan dicipta hatrik kekalah selepas PRU Sarawak. Ini akan menjejaskan moral PH andaikata parti dari PH masuk bertanding dalam P93 dan kalah. Kekalahan itu nanti pasti sahaja akan menambah rasa putus asa di dalam perasaan rakyat. Seolah olah apakah betul PH tidak akan mampu melawan BN.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, keputusannya mungkin berbeza. Tetapi ia hanya berbeza dari segi jumlah undi. Yang akan dapat bernafas lega pastilah BN.

Jika ini berlaku, senyum Najib akan bertambah lebar strateginya memecahkan pembangkang telah berhasil sepenuhnya.

Tiada ulasan: