"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


PANAS!!! Calon BN DiKuala Kangsar Tak Boleh Berkempen kerana masih dalam tempoh 'iddah?

CALON BN DI KUALA KANGSAR TIDAK BOLEH BERKEMPEN?

Calon BN Puan Mastura dilihat sebagai calon kontroversi kerana masih dalam tempoh 'iddah.

Sudah pasti secara prinsipnya kita perlu kembali kepada nas2 agama yg merentasi fahaman mahupun ideologi politik.

Hukum bg wanita yg sedang iddah telah disepakati oleh ulama tentang larangan "keluar" dari rumah selama 4 bulan 10 hari.

Antara dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah yg digunakan sebagai hujjah oleh para ulama dalam menetapkan hukum hakam asas bagi iddah:

1. Al-Quran

Firman Allah SWT:

( وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ( 234 ) )

Maksudnya: "Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." (QS Al-Baqarah, 2:234)

2. Hadis Nabi SAW

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لَا تُحِدُّ امْرَأَةٌ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا وَلَا تَلْبَسُ ثَوْبًا مَصْبُوغًا إِلَّا ثَوْبَ عَصْبٍ وَلَا تَكْتَحِلُ وَلَا تَمَسُّ طِيبًا إِلَّا إِذَا طَهُرَتْ نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ أَوْ أَظْفَارٍ

Dari Ummu 'Athiyyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk berkabung atas kematian seseorang lebih daripada 3 hari kecuali atas kematian suaminya iaitu selama 4 bulan 10 hari. (Selama tempoh itu) Dia tidak boleh memakai pakaian yang beraneka warna kecuali jika pakaian itu kain putih dan coraknya sekadar garis-garis (belang) (sejenis kain buatan Yaman pada zaman Nabi), dia juga tidak boleh memakai celak dan tidak pula boleh berwangi-wangian melainkan ketika ia bersih (daripada haid). (Adapun ketika haid) maka (diperbolehkan) dia mengenakan sedikit wangian dengan cebisan kapas/kain (untuk menghilangkan bau tidak enak pada kemaluannya)." (HR al-Bukhari & Muslim)

Jadi persoalannya bagaimana dgn Puan Mastura?

Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan AGAMA iaitu Puan Mastura TIDAK BOLEH KELUAR dari rumah utk berkempen. Sebaliknya biarlah anak beliau menjadi pengganti beliau utk berkempen sepanjang tempoh pilihanraya. Kehendak agama WAJIB didahulukan dari kehendak manusia. Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Dan saya berharap kepada pengundi2 non-muslim juga memahami sensitiviti hukum yg telah diputuskan dalam agama kami.

Wallaahualam.

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

--------------

Calon BN akan patuhi sekatan edah, bataskan pergerakan
BORHAN AHMAD
Mastura calon BN Kuala Kangsar terpaksa berkempen dari rumah
Mastura calon BN Kuala Kangsar terpaksa berkempen dari rumah
Calon BN Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid akan mematuhi sekatan edah yang dikenakan ke atas beliau dan akan membataskan pergerakannya sepanjang kempen kali ini.

"Saya memohon maaf kepada semua kerana menurut amalan parti dan gerak kerja pilihanraya selaku orang yang dinamakan sebagai calon saya seharusnya berada bersama-sama seluruh jentera parti dan masyarakat untuk berkempen bagi berkongsi semangat untuk memenangi pilihanraya kecil ini.

"Tetapi batas agama seperti yang dijelaskan dalam hukum dan pandangan mufti serta agamawan, menghadkan pergerakan saya sebagai isteri yang masih di dalam tempoh edah selama 4 bulan 10 hari dan edah.

"Tempoh syarak ini wajib saya patuhi," kata Mastura dalam satu kenyataan bertulisnya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi memahami kedudukan beliau ini.

"InshaaAllah sekiranya diberikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen nanti, saya akan melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin sebagai kesinambungan kepada apa yang telah dirintis oleh arwah suami saya," katanya.

Namun begitu, beliau amat yakin dengan kekuatan dan kekompakan jentera parti kerana saya pernah menyaksikan semangat seluruh jentera parti dalam memenangkan arwah suami saya sebagai calon parti pada 2 pilihanraya iaitu pada tahun 2008 dan 2013.

"Saya amat mengharapkan sokongan seluruh jentera parti kerana ini adalah perjuangan semua, perjuangan UMNO dan Barisana Nasional juga perjuangan orang Kuala," katanya.

Mastura dijangka akan berdepan dengan calon Pas, Dr Najihatulsaleha Ahmad dan calon Pakatan Harapan yang belum dinamakan lagi dalam pilihan raya kecil kali ini.
-malaysiadateline

Tiada ulasan: