"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Pertandingan 3 penjuru hampir pasti di Kuala Kangsar...

Lanh
KAMI tiba di Kuala Kangsar (KK) kira-kira jam 9 pagi hari Ahad, 22 Mei. Destinasi pertama adalah pasar pagi di lorong-lorong di sisi bangunan kedai berhampiran tebing Sungai Perak dan Sungai Kangsar. Suasana begitu sibuk. Kenderaan berantaian, bergerak perlahan-lahan. Selepas dua kali berpusing, menggelilingi Jam Besar, barulah kenderaan kami dapat dipakir berhampiran tebing Sungai Perak

Apa dicari di pasar pagi KK? Sang isteri berhajat makan durian. Suatu ketika dulu ketika berkunjung ke pasar pagi ini, kami dapat menikmati durian Bukit Gantang yang terkenal itu, tetapi pagi 22 Mei nampaknya ‘duri dan bau durian’ pun tak ada. Namun seperti biasa pasar mingguan itu ‘menawarkan’ pelbagai juadah, hasil pertanian, hasil laut serta sungai, pakaian dan peralatan yang dapat memuaskan kehendak dan hati pengunjung. Sang isteri nampaknya seronok dapat beli kuih ‘eksotik’ seperti dangai dan cucur topi jawa yang jarang ditemui di tempat lain.

Jika isteri minatnya begitu, apa pula hajat saya? Ya, saya mahu lihat ‘suasana dan bahang politik’ Kuala Kangsar. Al-maklumlah Kuala Kangsar akan menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) Jun ini; tarikh penamaan calon pada 5 Jun manakala pengundian 18 Jun. Jadi apa yang saya saksikan di Kuala Kangsar?

Nampaknya petugas berbaju jingga (oren) Parti Amanah Negara (PAN atau Amanah) sudah ke depan mempengaruhi orang ramai dan peniaga di pasar pagi itu. Di sana sini ada saja petugas berbaju oren. Ada yang berkumpul beramai-ramai di depan gerai; suatu ketika saya yang sedang mengepit akhbar Harakah keluaran terbaru (23-26 Mei) yang baru saya beli di pasar pagi itu, disapa oleh seorang ‘kakak’ berbaju-T lengan panjang berwarna oren.

“Hai ‘bang’ beli Harakah nampak! Harakah, Harakah juga. Nah ‘paper’ Amanah,” katanya sambil menyerahkan senaskhah akhbar Amanah Bilangan 2 dan risalah ‘Deklarasi Rakyat’. Ahh, orang dah bagi, barang ‘free’ ambilllah saja. Selepas mengucap terima kasih, saya mahu cepat-cepat ‘blah’ sebab mahu ‘mengejar’ anak isteri yang sudah entah ke mana, tetapi ‘kakak’ itu ‘lecture’ saya pulak!

‘Kakak’ itu banyak ‘songelnya’. Pada akhir ‘kempennya’ itu, dia menghalakan jarinya ke arah seseorang yang berada di gerai di seberang jalan. Ya, orang itu saya kenal; dia bekas MB Perak dan kini Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau juga adalah Adun Changkat Jering dan Ketua Pembangkang Dun Perak.

Hai, ini peluang baik untuk saya lakukan ‘interbiu spontan’, bisik hati saya. Saya kenal Nizar tetapi Nizar tak kenal saya. Selepas mengucapkan salam, saya pun bertanya dia…”Dato’ ini ‘ramai-ramai’ bertanding ini macam mana ni? Umno bertanding, Amanah pun nak bertanding, PAS lagilah akan bertanding. Macam mana ni Dato;?

“Ehh, ‘ramai-ramai’ bertanding lagi bagus, lagi meriah. Meriah nanti Kuala Kangsar kita. Tak ada masalah, siapa saja nak bertanding silakan. Nanti kita akan tengok siapa sebenarnya yang mendapat sokongan penduduk…”

Nizar seorang politikus mesra rakyat. Dia bergerak dengan pantas; sekejap saja dia sudah berada di gerai sebelah, senyuman sentiasa terukir di wajahnya. Dia ‘tidak lokek’ menyua tangan, menyalami orang ramai. Ketika beredar dari pasar pagi itu, saya lihat dia sudah berada di gerai di pinggir Sungai Kangsar, jauh dari tempat saya berjumpanya.

Berdasarkan perkembangan sesama termasuk kempen yang dijalankan oleh petugas yang diketuai Nizar sendiri, sah Amanah akan bertanding di Kuala Kangsar. Bagaimana pula dengan PAS? Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah mengesahkan akan mempertahankan hak bertanding kerusi tradisi itu; demikian juga dengan Pesurujaya PAS Perak, Razman Zakaria yang berkata ‘tiada rundingan’ dengan Pakatan Harapan (Amanah sebagai anggotanya selain DAP dan PKR) mengenai kerusi Kuala Kangsar.

Ya, sah PAS akan bertanding dalam PRK Kuala Kangsar; di pasar pagi KK itu saya tidak lihat ‘kempen’ dan ‘kehadiran’ PAS tetapi apabila meninjau di Bukit Chandan, ‘terpegun’ saya melihat puluhan bendera PAS berkibaran di sisi jalan menuju Istana Sultan Perak. Di kawasan tanah bawah istana, markas operasi PAS sudah digerakkan, kelihatan kenderaan memenuhi kawasan padang menandakan ramai petugas sudah memulakan kerja bagi menawan KK yang dulunya PAS tewas hanya dengan majoriti kira-kira 1,000 undi.

Hebat petugas PAS…bendera parti sudah dinaikkan…jentera parti malah kerja sudah dijalankan sebaik mungkin…insya-Allah PRK kali ini adalah medan terbaik untuk membuktikan sokongan rakyat kepada parti Islam sebelum menuju pilihan raya umum akan datang.

Selain PAS dan Amanah; Umno-BN lagi sudah nyata akan bertanding mempertahankan kerusinya kerana jentera parti sudah lama digerakkan. Malah pemimpin-pemimpin kanannya, yang terbaru Ketua Puteri, Dato’ Mas Ermieyati Samsudin sudah mengerakkan lebih 500 puteri ‘memasuki kampung, meredah lembah dan sungai serta mendaki bukit’, mempengaruhi rakyat agar menyokong calon Umno-BN dulu, kini dan selamanya.

Ya, berdasarkan laporan perkembangan semasa dan apa yang saya lihat sendiri, saya percaya akan berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkan PAS, Umno-BN dan Amanah (Pakatan Harapan) dalam PRK Kuala Kangsar!

Tiada ulasan: