"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


PRK Sungai Besar: Betulkah Azmin nak gugurkan Exco Pas Selangor jika PAS bertanding dalam PRK

 MALAYSIA DATELINE
Kata dua itu dibuat Azmin yang mahu PKR bertanding di kerusi itu dan bukan Pas atau Amanah.
Exco Kerajaan Negeri Selangor (Exco) dari Pas diminta untuk meletakkan jawatan jika parti itu berkeras untuk meletakkan calon parti itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK ) Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Kata dua itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang yang mahu PKR untuk bertanding di kerusi itu dan bukan Pas atau Amanah yang masih bertelagah untuk menentukan calon bertanding.

Pada Rabu selepas mesyuarat exco, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, telah menyatakan sedemikian kepada Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Samad, dan exco Pas yang lain termasuk Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Bagaimanapun, sumber Pas Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti telah memutuskan untuk meneruskan pertandingan selepas mesyuarat lewat malam di rumah Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang di Rusila, Terengganu.

Tiga ahli exco dan beberapa pemimpin Pas di Selangor telah ke Terengganu pada Rabu dalam satu mesyuarat tergempar yang diadakan seperti dilapor Staronline hari ini.

Sumber dipetik itu berkata, "Presiden kami tetap dengan keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding dalam pilihan raya."

Presiden PAS, mengarahkan ketiga-tiga exco untuk tidak meletak jawatan. Beliau berkata parti itu bersedia untuk dipecat daripada kerajaan.

Dalam pertemuan dengan ahli-ahli exco Pas, Azmin berkata PKR mempunyai peluang yang lebih baik menentang Umno di Sungai Besar.

Beliau berkata, PKR boleh meraih undi Melayu dan Cina manakala Pas dan Amanah akan memberi kemenangan mudah kepada Umno.

Azmin memberi jaminan bahawa beliau akan berunding dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk memberi laluan bagi Pas di Kuala Kangsar pada PRK.

Beliau juga berjanji bahawa Pas akan diberikan kerusi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum. PKR pernah bertanding dan kalah di Sabak Bernam pada tahun 2013.

Pendirian antara Azmin dan Pas di Selangor tidak boleh berlaku pada masa kritikal terhadap parti yang memerintah di negeri ini.

Pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu.

Tiada ulasan: