"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


'Saya boleh lepaskan Adun Salor, tapi…' - Husam Musa

'Saya boleh lepaskan Adun Salor, tapi…'
Husam pada sidang media khas di kediamannya di Kota Bharu hari ini. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU - Datuk Husam Musa menegaskan beliau sedia melepaskan jawatan Adun Salor dengan syarat Pas membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi membenarkan wakil rakyat yang meletak jawatan boleh bertanding semula.

Beliau turut mendakwa, tindakan Pas ‘mendera’ beliau apabila meminta melepaskan jawatan Adun Salor selepas baru sahaja memecat daripada ahli Pas.

“Pada saya ini adalah penderaan berkali-kali, kamu sudah dera dan pecat, mungkin ada motif politik pecat saya, dan kemudian bila saya dipecat saya kena letak jawatan tak boleh bertanding,

“Jadi Pas telah mendera saya sebanyak dua kali, saya bersedia letak jawatan tapi kalau saya letak jawatan tak boleh bertanding macam mana saya nak lawan,” katanya dalam sidang medianya, hari ini.

Sementara itu, pemecatan Husam sebagai ahli Pas adalah sah, walaupun bekas Naib Presiden Pas itu mendakwa masih belum menerima surat rasmi berkenaan keputusan tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sumpah baiah yang dibuat pemimpin Pas bukan sahaja menyertai parti lain, tetapi wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada parti juga perlu meletak jawatan sebagai Yang Berhormat.
-sinarharian

Tiada ulasan: