"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Siapa punya kerja yang fitnah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin Syiah dan telah dipecat dari kesatuan ulama'

Tuduhan Syiah, dipecat kesatuan ulama' satu fitnah, kata Ustaz Ghani
MALAYSIA DATELINE
Tuduhan Syiah dipecat kesatuan ulamak fitnah kata Ustaz Ghani
Timbalan Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin hari ini menafikan tuduhan yang berlegar di alam maya bahawa beliau penganut Syiah dan kini dipecat dari menjadi anggota sekretariat kesatuan ulama' sedunia.

"Ada yang menuduh saya Syiah, saya tegaskan di sini saya bukan Syiah," kata beliau ketika menyampaikan kertaskerja di Nadwah Ulama' Menghadapi Cabaran Baru (NUNJI) di sebuah resort di Beserah.

Menurut beliau sepanjang 25 tahun mengajar pengajian Islam di universiti tidak pernah beliau ditohmah berfahaman Syiah.

"Sepanjang berkhidmat saya dianugerah khidmat cemerlang, tapi bila sertai parti Amanah ada pulak tuduh saya Syiah." katanya.

Mengenai tugasannya sebagai anggota sekretariat kesatuan ulama' sedunia' beliau berkata baru saja pihak ibu pejabat memaklumkan untuk meneruskan tugas seperti biasa.

"Beberapa hari lepas Syeikh Qurrah beritahu saya anta masih anggota Sekretariat Kesatuan Ulama' Sedunia, ada pula pihak sebarkan saya di pecat, ini fitnah," katanya.


  1. Beliau menasihati sesiapa yang ingin menyebar perkembangan mengenai dirinya harus mendapat pengesahan dari beliau sendiri dan bukannya mengutip dari sumber tidak berautoriti.

Tiada ulasan: