"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

4 menteri, 6 timbalan menteri dalam rombakan Kabinet

FMT Reporters

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan enam menteri penuh yang baru, dalam rombakan kabinet diumumkannya hari ini.

Antara lain, rombakan kali ini menyaksikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abdul Rahman Dahlan dilantik Menteri Kewangan Kedua yang baru, menggantikan Datuk Seri Husni Hanadzlah yang bersara.

“Husni memberitahu saya untuk berundur diri, jadi saya hormatinya,” kata Najib.

Ahli Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz menggantikan Johari sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Mohamad Noh Omar kembali ke kabinet apabila dilantik sebagai Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, yang sebelum ini disandang Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman kini dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengetuai Unit Pembangunan Ekonomi (EPU) bagi menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang juga bersara.

Najib turut berkata akan mengumumkan penyusunan semula tugas menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Rombakan hari ini merupakan yang pertama selepas rombakan Julai 2015 yang menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Berikut senarai penuh perlantikan menteri dan timbalan menteri:

Menteri

  • Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Mah Siew Kiong
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan
  • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Tan Sri Mohamad Noh Omar
  • Menteri Kewangan II: Datuk Johari Abdul Ghani
Timbalan Menteri
  • Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Chua Tee Yong
  • Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Lee Chee Leong
  • Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Othman Aziz
  • Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Datu Nasrun Datu Mansur
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: Datuk Henry Sum Agong
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Seri Devamany S. Krishnasamy

Tiada ulasan: