"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Bekas ahli Parlimen PKR ditahan SPRM disyaki terlibat kes rasuah

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas ahli Parlimen di Selangor bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah petang semalam.

Sumber SPRM berkata, lelaki itu ditahan bersama wang berjumlah RM30,000 yang diterima daripada seorang kontraktor.

Menurut sumber itu, bekas wakil rakyat berkenaan dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang kontraktor bagi membolehkan syarikat terbabit mendapat tender membaik pulih kemudahan awam.

“Penahanan itu dilakukan selepas SPRM melakukan intipan selama empat bulan. Sebelum ini pihak kami sudah menerima beberapa laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa yang dilakukannya,” kata sumber itu ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan bekas wakil rakyat itu di sekitar Shah Alam.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut perkara ini kerana siasatan masih dilakukan. Bekas MP itu berada dalam tahanan SPRM Selangor bagi tujuan (siasatan) itu,” katanya.

Bekas ahli Parlimen itu dibebaskan SPRM kira-kira jam 3 petang tadi, selepas selesai memberi keterangan.

Ketika ditemui pemberita, lelaki itu menafikan beliau terlibat dalam kegiatan rasuah seperti yang dilaporkan.
-Bernama


--------------------------
PKR akan jumpa Manickavasagam berhubung tahanan SPRM

Kepimpinan PKR akan bermesyuarat degan ketua cabang Selangor S Manickavasagam selepas pilihan raya berkembar 18 Jun ini untuk mengumpul maklumat lanjut mengenai dakwaan kes rasuah yang dihadapinya, kata Naib Presiden Tian Chua.

Ketua PKR Kuala Selangor itu yang juga adalah bekas ahli parlimen Kapar, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Sumber mendedahkan bahawa beliau sedang disiasat berhubung dakwaan menerima RM30,000 sebagai rasuah daripada seorang kontraktor dan juga menipu simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa orang kurang upaya.

Tian Chua ketika mengesahkan identiti bekas wakil rakyat itu, berkata perkara berkenaan sedang disiasat dan meminta semua pihak tidak menilainya.

"Kepimpinan, selepas pilihan raya kecil, ingin dengar versinya dan tidak akan mempertahankan sebarang salah laku.

"Kami harap SPRM jalankan tugasnya secara profesional dan tidak bermotifkan politik dengan mengaitkannya dengan pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sungai Besar petang ini.

Pemimpin PKR sedang berkempen untuk sekutunya, calon Parti Amanah Negara yang bertanding di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebelum penahanan Manikavasagam, kerajaan negeri Selangor kecoh apabila perbualan Whatsapp membabitkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bocor apabila timbulnya dakwaan bahawa ada pihak yang menuntut habuan wang dan wanita ketika rundingan.

Rafizi kemudian membuat laporan kepada SPRM.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut.
-malaysiakini

Tiada ulasan: