"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Benarkah Amanah tandus undi Melayu? Hakikat yang cuba ditutup oleh PAS

Pilihanraya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah melabuhkan tirainya. Masing-masing telah mengetahui keputusan, kekuatan dan kelemahan masing-masing. Namun, yang peliknya, Pas masih lagi menyasarkan kemarahannya kepada parti Amanah khususnya dan Pakatan Harapan umumnya setiap hari sehingga ke hari ini.

Apa yang lebih menghairankan adalah, analisis-analisis pasca pilihanraya yang dikeluarkan oleh Pas sama ada dalam bentuk rasmi atau tidak rasmi, hampir semuanya hanya berkisar tentang undi kaum Melayu. Ia dibincangkan daripada sudut polarisasi kaum dengan menghentam parti Amanah dan Pakatan Harapan sahaja.

Dalam senario politik Malaysia terkecuali Kelantan dan Terengganu, undi daripada masyarakat berbilang kaum sangat mustahak untuk menjamin kemenangan bagi satu-satu kerusi yang ditandingi. Oleh itu, analisa-analisa yang dibuat oleh Pas yang hanya membincangkan undi Melayu sahaja membuktikan bahawa Pa telahpun berputus asa untuk menarik undi kaum selain Melayu dan seterusnya menang di dalam perlawanan dengan Umno di masa akan datang.

Ia adalah satu pendekatan defensif dengan hanya membincangkan kekuatan asas yang ada. Ia menunjukkan Pas mula berundur dan menyudutkan diri mereka kepada politik satu kaum sahaja bukan lagi berbilang kaum dan bangsa seperti mana sebelum ini.

Analisa atas pengundi Melayu sahaja tidak ada makna untuk memenangi kerusi, tidak juga memberikan harapan dan pelan yang jelas untuk memenangi kerusi, tetapi sekadar untuk memberitahu bahawa Pas juga ada sedikit kekuatan asas. Sekadar kekuatan asas ini tidak cukup pun untuk memenangi PRU.

Ia juga untuk sekadar memberikan gambaran bahawa mereka “menang dalam kalah” kepada ahli-ahli Pasyang mungkin telah mula risau tentang nasib parti mereka jika keputusan PRK baru-baru ini diterjemahkan kepada PRU14.

Pendekatan mendabik dada dengan undi satu kaum sahaja yang dilakukan oleh Pasberbeza dengan Amanah dan Pakatan Harapan (PH) yang terus melakukan penelitian dan analisa terhadap pelbagai factor. Ini kerana perjuangan Amanah dan PH meliputi keseluruhan rakyat Malaysia. Ia lebih realistik dalam usaha menjatuhkan BN.

Dalam mana-mana analisa yang dilakukan oleh pihak Pas, mereka cuba menggambarkan bahawa Amanah langsung tidak ada kekuatan, langsung tidak ada nilai tambah di dalam PH dan langsung tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.

Apa yang cuba disembunyikan oleh Pas adalah Amanah mengatasi Pas di Saluran daerah mengundi yang majoritinya Melayu di Parlimen Sungai Besar iaitu saluran-saluran di Daerah Mengundi Pekan Sungai Besar, Kampung Baharu Nelayan dan Taman Berkat.

Dengan data di atas, dakwaan yang mengatakan Amanah tiada kekuatan asas langsung dan sebaliknya hanya bergantung kepada parti lain adalah jauh tersasar.

Pasjuga cuba menyembunyikan realiti yang memalukan mereka dalam PRK Kuala Kangsar iaitu bagi kerusi Dun Manong yang majoritinya Melayu, Amanah mendapat 2491 undi mengatasi PAS yang hanya mendapat 2426 undi.

Ia terus memberikan indikasi bahawa Amanah boleh mengatasi PAS dalam beberapa keadaan sekarang dan memberikan harapan yang besar di masa akan datang.

Pas cuba meletakkan harga

Ada beberapa perkara menarik tentang perubahan Pas sebelum dan selepas PRK ini. Antaranya, sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pas sering mendakwa bahawa Pas boleh menang jika bersendirian.Namun, selepas PRK baru-baru ini, menang bersendirian tidak lagi menjadi bualan pemimpin Pas dan mula berundur dengan hanya mengatakan Pakatan Harapan memerlukan Pas untuk menang.

Sebelum ini juga Pas mendakwa Parti Amanah Negara tidak langsung menjadi ancaman sedikit pun kepada Pas , tetapi selepas PRK, Pas berundur lagi dengan mengatakan bahawa parti Amanah berjaya menyaingi PAS walaupun bergantung kepada sokongan DAP dan PKR.

Sebelum PRK, Pasmengatakan bahawa ia menjadi ancaman kepada BN , selepas PRK, Pas terus berundur dengan mengatakan Pashanya menjadi ancaman kepada PKR sahaja seperti tulisan pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP),

“Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya Pas masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah”.

Komentar berbaur ugutan ini menunjukkan Pas langsung tidak menghormati parti yang bersama dengan Pasdi dalam kerajaan negeri Selangor, bahkan cuba mengugut PKR untuk tunduk kepada kesemua kemahuan Pas apabila menyedari bahawa Pas tidak mampu berhadapan dengan BN secara bersendirian.

PPP sebelum PRK menyatakan Pas akan menang, namun selepas PRK PPP mengubah nada hanya dengan mengatakan bahawa Pas ada kekuatan teras sendiri. Yang mana difahami dengan kekuatan teras itu sahaja tidak memungkinkan kemenangan. Seolah-olah Pas mula mengakui bahawa Pas lebih memerlukan PH.

Apa yang hendak saya katakan bahawa, daripada pengunduran-pengunduran di atas, menunjukkan Pas mula mengakui bahawa mereka tidak boleh bersendirian di dalam PRU14 kelak. Cuma, disebabkan ego, mereka tidak mahu mengakuinya secara terus. Segala kecaman-kecaman di atas hanya membuktikan bahawa Pas sudah mula sedar bahawa kekuatannya tidak sekuat mana jika bersendirian.

Selain itu, serangan Pas kepada Amanah hanyalah untuk mengalihkan perhatian terhadap kelemahan Pas yang gagal di kerusi tradisinya. Seterusnya ingin menunjukkan Pas masih lagi mempunyai nilai di dalam persada politik negara. Namun, orang luar melihat, Pas cuba membuat spekulasi untuk menaikkan harga diri diri sedangkan nilai sebenar mungkin tidak setara dengan harga yang ingin diletakkan tersebut.

Analisa-analisa separuh masak itu juga langkah terdesak Pas untuk meletakkan harga tinggi bagi Pas yang telah dimalukan dengan kekalahannya di kawasan tradisi Pas, sekiranya ada pihak sama ada PH atau BN yang ingin berunding dengannya Pas cuba untuk menegakkan bahawa, Pas mempunyai share undi yang tinggi di dalam kelompok selain BN.

Oleh itu PH memerlukan Pas kerana Pas mendakwa mempunyai kekuatan asas. Oleh itu, dengan kekuatan asas itu, sebarang rundingan tersebut harus tunduk kepada syarat-syarat Pas walaupun mungkin tidak munasabah.

Falasi 50 peratus Kekuatan Pas  di Selangor

Pas selalu mendakwa bahawa merekalah menjuarai undi Melayu di negara ini. Pernyataan ini seringkali digunakan untuk memperleceh parti-parti lain. Tapi realitinya, dalam konteks negeri Perak dan Selangor, Pas tidak mampu memenangi kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti undi Melayu 70 peratus dan ke atas.

Daripada sudut kekuatan asas Pas secara individu, sepatutnya Parlimen Sungai Besar merupakan antara parlimen terkuat PAS di Selangor kerana mempunyai peratusan Melayu melebihi 65 peratus.

Namun begitu, Pas kalah di semua 128 saluran mengundi kepada BN termasuk di semua saluran mengundi Melayu kecuali di Daerah Mengundi Parit 13 Sungai Nipah Saluran 2 dan Parit 1 Timur Saluran 2.

Pencapaian ini sangat jauh dengan dakwaan PAS sebelum ini bahawa Pas menjuarai undi Melayu. Kebanyakan daerah mengundi Melayu pula, BN jauh meninggalkan Passeperti tidak ada saingan.

Menyedari hakikat yang memalukan ini, selepas PRK, Pasmula berundur daripada dakwaan menguasai undi Melayu kepada dengan hanya mengatakan bahawa Pas menyumbang 50 peratus daripada undi pembangkang secara keseluruhan.

Pas membuat dakwaan tersebut hanya dengan membuat generalisasi daripada keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada keluruhan kerusi-kerusi lain yang sudah tentu berbeza demografi dan tahap pembangunannya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi Pas. Pas telah bertanding berkali-kali sebelum ini. Begitu juga Kuala Kangsar.
Cawangannya ada berpuluh. Dan ia juga kerusi yang mempunyai peratusan Melayu antara tertinggi di Selangor. Kita boleh simpulkan bahawa kerusi Sungai Besar adalah kerusi yang sepatutnya Pas secara individu paling kuat di Selangor tanpa bergantung dengan parti-parti lain.

Amanah dan PH pula datang sebagai pasukan pelawat

Namun begitu, setelah keputusan PRK dikira, dengan segala kelebihan di atas, Pas hanya boleh mendapat 50 peratus undi sahaja daripada jumlah bahagian undi lawan BN.

Oleh itu, di parlimen Sungai Besar yang mana merupakan antara parlimen yang terkuat Pas secara relatifnya pun, Pas terhutan budi dengan turut menerima sumbangan 50 peratus undi PR selama ini. Maka pada kerusi-kerusi lain sudah tentulah bahagian undi PR kepada Pas melebihi 50 peratus. Dalam kata lain, Pas sebenarnya mungkin hanya menjadi ‘minor contributor’(penyumbang kecil) dalam jumlah undi bagi kawasan tersebut.

Rumusan yang lebih tepat bagi negeri Selangor dan Perak adalah Pas menyumbangkan tidak lebih separuh (0-50%) kepada bahagian undi Pakatan Rakyat selama ini manakala PR pula menyumbang sekurangnya 50peratus undi kepada Pas. Kekuatan maksimum asas Passecara individu adalah 50 peratus. Tidak lebih daripada itu.

Dakwaan bahawa PAS menyumbang 50 peratus daripada bahagian undi kepada PR/PH di setiap kerusi selama ini adalah falasi. Adakah Pas akan mendapat 50 peratus bahagian undi pembangkang sekiranya turun bertanding tiga penjuru di Parlimen Kepong ataupun Kapar? Sedangkan pada kerusi turun temurun yang Pas tandingi pun, PH sumbangkan lebih 50 peratus undi kepada Pas dalam keputusan PRU baru-baru ini.
Ustaz Idris Ahmad pula mengatakan bahawa, “Hanya Pas yang mampu bersaing dengan Umno untuk mengalih sokongan orang Melayu kepada pembangkang. Perlu diingat teras politik di Malaysia ialah Melayu. Majoriti kerusi ialah orang Melayu. “

Realitinya, dengan pendekatan Pas kini, Pas memerlukan masa berpuluh tahun lagi untuk mengembalikan undi bukan Melayu kepada Pas. Manakala undi Melayu Pas pula sebenarnya telahpun tepu. Ini kerana dalam keadaan masyarakat sangat-sangat mengenali Pas dan logonya, undi Melayu yang didapati oleh Pas tidaklah seberapa. Dan sukar untuk dibuat jangkaan bahawa undi Melayu Pas akan meningkat lagi daripada sekarang. Undi bangsa lain apatah lagi. Undi Pas boleh dikatakan sudah statik kalaupun tidak merosot di masa akan datang. Tanpa perubahan pendekatan Pas yang keras sekarang ini, parti-parti lain yang bersama Pas akan kehilangan undi asas mereka sendiri pula. Sudut itu harus dicermati.

Ini berbeza dengan Amanah. Walaupun sebagai parti baru, masih lagi dapat mengatasi Pas di beberapa daerah mengundi majoriti Melayu walaupun masih belum dikenali. Masa yang berjalan, selaras dengan pengenalan parti, ideologi dan logo amanah, Amanah akan terus meningkatkan undi Melayu selain mengekalkan undi daripada kaum-kaum lain di atas ketegasan pendiriannya di dalam menentang salah guna kuasa di dalam kerajaan Barisan Nasional. Prinsip Amanah yang jelas yang tidak boleh bertolak ansur dengan kezaliman akan menyebabkan golongan tertindas semakin terus menyokong Amanah hari demi hari.

Cabaran Amanah

Dalam tinjauan semasa PRK, didapati ramai pengundi masih ingat Pas berada di dalam Pakatan Rakyat. Tugas menerangkan perkara sebenar tentang kedudukan Amanah adalah satu tugas yang mencabar. Ini juga antara sebab mengapa kekeliruan berlaku di kalangan pengundi yang tidak bersetuju dengan Barisan Nasional (BN).
35. PRK baru-baru ini adalah berita baik untuk Amanah dan PH. Kemampuan Amanah yang boleh mengalahkan BN dan PAS dalam banyak dan beberapa daerah mengundi membuktikan bahawa parti ini sangat berpotensi. Bagi kerusi Dun Manong pula, Amanah mengatasi PAS.

Amanah tidak pernah mendabik dada bahawa undi yang didapatinya adalah hanya daripada kekuatan Amanah sendiri. Dan persoalan itu, tidak penting pun dalam usaha menyatukan setiap elemen-eleman anti Barisan Nasional. Sumbangan sama ada kecil atau besar, ia tetap sumbangan. Ia lebih baik daripada bersikap angkuh dengan kekuatan sendiri yang tidak seberapa, yang tidak mampu pun diterjemahkan kepada kemenangan. Tetapi untuk mengatakan bahawa Amanah tidak ada kekuatan langsung adalah tidak masuk akal, jika melihat kepada data di atas. Kekuatan yang sedikit, jika dihimpun-himpun akan menjadi besar. Asalkan ada muafakat.

Sebagai parti yang baru, Amanah yakin akan menambahkan bahagian undinya hari demi hari selaras dengan pengenalan nama, prinsip, rekod terhadap perjuangan rakyat dan logo parti.

Peralihan Undi Cina

Adalah sukar untuk menyimpulkan bahawa undi kaum Cina telah beralih kepada BN kerana peratusan jumlah keseluruhan undi yang didapati oleh calon BN adalah lebih rendah daripada PRU13.

Bagi Dun Sekinchan sebagai contoh, undi calon BN pada kali ini adalah 5641. Manakala undi bagi calon yang lepas adalah 5868. Peratusan mengundi yang kurang menyumbang kepada perkara ini.

Oleh itu, hanya dengan ini, pihak BN tidak boleh mendabik dada bahawa mereka boleh merampas Selangor dalam PRU14 nanti.

Penulis Faizal Halim Abu Bakar adalah Pengarah Penyelidikan dan Strategi Pemuda Amanah Melaka
-malaysiadateline-

Tiada ulasan: