"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Bila Pas tak main peranan, apa lagi pilihan saya?'

KUALA KANGSAR - ‎Calon Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli berkata, tujuan beliau masuk gelanggang bertanding dalam PRK Kuala Kangsar  adalah kerana Pas tidak berjaya memainkan peranannya sebagai parti yang baik.

Kata Ahmad Termizi, sekiranya tanggungjawab ‎terhadap agama dan negara dilaksanakan oleh Pas, mungkin beliau 'duduk berehat' sekarang.

"Saya beginilah, kita ada tanggungjawab terhadap agama dan negara, jadi kalau ia boleh dilakukan ‎dalam Pas...saya pun lagi suka pencen, jaga cucu kerana pencen profesor saya cukup.

"Tapi kita lihat Pas (minta maaflah) telah tidak memainkan perananya, tidak melaksanakan tanggungjawab agama,  jadi apa pilihan pada saya, apa saya nak jawab pada ALLAH bila berlaku begini, jadi kami tiada pilihan kecuali meneruskan perjuangan yang kita rasa  Pas dalam ijtihad ia  boleh main peranan lain‎,"katanya dalam sidang media Pejabat Amanah Jalan Daeng Selili‎, Kuala Kangsar, hari ini.

‎Katanya lagi, walaupun beliau merupakan bekas ahli Pas seumur hidup, tetapi perubahan yang berlaku dalam parti Islam itu membuatkan beliau terpanggil untuk melakukan perubahan terhadap Kuala Kangsar dengan cara mewakili parti Amanah.

"Saya Pas dalam perut mak lagi... jadi tiada 'love lost'  tapi kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi, lagi pun saya tidak terikat dengan bai'ah,"katanya.

PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan  pertandingan empat penjuru di mana Ahmad Termizi Ramli akan ‎ditentang oleh calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad, Datin Mastura Mohd Yazid dari BN ,dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. ‎

Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.

Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18‎ Jun ini
-sinarharian-

Tiada ulasan: