"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


BN gagal tutup kebenaran: Bekas Editor Kumpulan NST kini wira Guan Eng

Bekas Editor Kumpulan New Straits Times (NST) Mustapha Kamil Mohd Janor kini dijulang DAP susulan keputusannya untuk meninggalkan akhbar harian berbahasa Inggeris itu.
Bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Mustapha adalah seorang wartawan yang "mendukung etika kewartawanan".

Ini di sebalik perkhidmatan 27 tahun Must

apha sebagai wartawan di media arus perdana.

Lim menyifatkan keputusan Mustapha sebagai "pengorbanan besar tetapi langkah mulia yang perlu dihormati".

"Mustapha meletakkan jawatan kerana beliau tidak dibenarkan untuk bercakap benar," kata Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang pada sidang akhbar hari ini.

Lim merujuk keputusan Mustapha melepaskan jawatannya dan kemudiannya memperincikan alasan di sebalik membuat keputusab berkenaan.

Penjelasannya kepada ketua pegawai eksekutif akhbar berkenaan kemudian menjadi viral dan tersebar meluas di media sosial.

Pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang semalam menyoal siapa yang seterusnya akan menyusul jejak langkah Mustapha untuk meletakkan jawatan mereka.

Dalam postingnya, Mustapha menulis "Dalam kerja saya, terdapat elemen yang dikenali sebagai disiplin kebenaran.

"Ini memerlukan wartawan melakukan segalanya dengan betul, betul dari segi ejaan nama orang atau tempat dan semua laporan yang difailkan.

"Tanggungjawab pertama wartawan adalah kepada kebenaran supaya beliau boleh membimbing masyarakat dalam mengemudi jalan yang mereka pilih."

Mustapha menceritakan bagaimana dirinya memberitahu ketuanya bahawa beliau telah lama mempertimbangkan keputusannya itu.

"Tetapi apabila sebuah akhbar Amerika, yang beribu pejabat di suatu tempat di Lower Manhattan di New York, melaporkan berita yang dicalonkan untuk Hadiah Pullitzer berhubung isu yang berlaku betul-betul di depan mata, saya mula serius mencari suara hati dan bertanya kepada diri sendiri mengapa saya memilih bidang kewartawanan."

Pada sidang media itu, Lim membaca posting Facebook Mustapha dan berkata beliau bersedia membayar harga tinggi tanpa rasa takut disenarai-hitamkan.

Lim berkata peletakan jawatan Mustapha adalah "cahaya yang bersinar dalam gelap" dan beliau "seorang wartawan yang boleh kita banggakan."

"Orang yang enggan menjual prinsip mereka," kata Lim.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: