"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Hubungan Azmin, PKR-PAS bakal karam di Sg Besar, kata portal

Sejak pilihan raya kecil parlimen bagi kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar diumumkan, terdapat banyak spekulasi bahawa keputusan berkenaan akan menjadi ujian litmus untuk kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga parti-parti pembangkang.

Walau bagaimanapun, portal Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa apa yang berlaku di Sungai Besar juga boleh mengancam kedudukan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan menguji hubungan antara PKR dan PAS.

Tindakan Azmin yang tidak hadir apabila Pakatan Harapan menamakan calon Parti Amanah Negara (AMANAH) di Sungai Besar, mengundang pelbagai bidasan.

Bagaimanapun, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata khidmat timbalannya diperlukan untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor, yang turut dianggotai PAS.

Semalam, menteri besar itu membuat penampilan apabila Azhar Shukor mengemukakan kertas pencalonannya mewakili Pakatan Harapan dan beliau juga dirakamkan memeluk Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Mengupas isu ini, sebuah rencana di portal BNBBC berkata Azmin perlu mengenang jasa PAS dan juga presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas menolak Wan Azizah daripada menjadi menteri besar pada 2014.

“Namun, seperti cerita ‘Si Tanggang’, Azmin sudah terlupa jasa PAS dan Abdul Hadi yang membawanya naik ke singgahsana kuasa, malahan sanggup bersekongkol dengan parti serpihan, AMANAH dalam Pilihan Raya Sungai Besar,” katanya.

Artikel itu juga mendakwa Azmin sedar implikasi yang bakal dihadapinya apabila turun bersama calon AMANAH, tapi beliau tidak boleh lari daripada tanggungjawabnya sebagai salah seorang ahli Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Ia juga mendakwa terdapat cakap-cakap di kalangan pemimpin PAS Selangor bahawa jika Azmin terlajak langkah, kemungkinan “usul undi tidak percaya” sedang menantinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti.

“Tidak menghairankan juga kalau usul itu akan dibawa sendiri oleh exco PAS yang sebelum ini dikatakan beliau mahu pecat berikutan kemelut perebutan kerusi Sungai Besar,” katanya.

Azmin sebelum ini menafikan beliau mengeluarkan kata dua kepada tiga exco PAS untuk meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik sumber.

Artikel BNBBC itu berkata Hadi sedang meneliti aspek berkenaan dan tidak dapat ditolak langkah drastik sehingga “usul undi tidak percaya” mungkin berlaku jika Azmin berani bertindak di luar batas terhadap pemimpin PAS Selangor.

“Jika Azmin mengatakan PAS tidak ada moral untuk bertindak sejauh itu, Abdul Hadi juga boleh berkata kepada PKR adakah mereka mempunyai moral ketika melancarkan ‘Langkah Kajang’ untuk menukar Khalid dan mahu menggantikan Wan Azizah yang bukan orang Selangor sebagai MB,” katanya.

Menurut artikel itu, mungkin sudah sampai masanya PAS melayangkan “kad merah” mereka ke atas PKR sehaluan dengan seruan akar umbi semasa muktamar baru-baru ini di Kelantan yang menggesa supaya hubungannya dengan PKR dikaji semula.

“Nampaknya di kalangan akar umbi sendiri sudah menyedari PAS hanya sekadar menjadi alat permainan kepada PKR, digunakan semasa perlu dan dibuang apabila tidak perlu.

“PRK Sungai Besar bakal menjadi penentu hala tuju sebenar hubungan PAS dan PKR, sama ada bersama atau bercerai,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata keputusan PKR menyokong calon AMANAH tidak menjadi masalah memandangkan situasi sama pernah berlaku di negara lain.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: