"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


'Jika Dayak mesti mati'... foto ramalan aktivis PKR akan dibunuh?

Pagi tadi, aktivis dan calon pilihan raya PKR Bill Kayong ditembak mati semasa memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tertera logo partinya itu.

Bapa berusia 43 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian dan penyerang dipercayai menggunakan sepucuk senapang patah.

Pihak polis merayu saksi yang menyaksikan kejadian yang berlaku di lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri berhampiran sebuah pasar raya Emart One-Stop kira-kira jam 9 pagi tadi supaya tampil membantu siasatan.
Memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh berhubung pembunuhan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai motif mangsa ditembak.

Walau bagaimanapun, sejak berita kematiannya tersebar pagi, mesej menyatakan rasa terkejut dan ucapan takziah mula mencurahkan daripada ahli-ahli politik, aktivis dan rakan-rakan. Begitu juga dengan spekulasi kematiannya itu.

Ada yang tertanya-tanya jika pembunuhan itu berkaitan dengan aktiviti aktivis beliau dalam memperjuangkan hak rakyat pribumi Dayak di utara Sarawak, khususnya berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Satu foto ramalan Kayong juga dimuat-naik di Facebook.

Dalam gambar itu, si mati berdiri bersebelahan sepanduk berbunyi: "Jika Dayak mesti mati, Dayak mati pertahankan tanah NCR."

Gambar itu dimuat naik oleh pengarah badan pemikir PKR, Political Studies for Change, Ooi Heng yang dirakamkan pada 16 Oktober 2015.
Presiden Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) Collin Imran Abdullah memberitahu Bernama bahawa Kayong pernah memaklumkan kepadanya mengenai panggilan telefon yang diterima tahun lalu memintanya supaya tidak campur tangan dalam urusan tanah.

"Dia memberitahu saya, tak tahu sama ada panggilan itu berbentuk ugutan atau sebaliknya sebab dia tidak suka membesarkan perkara remeh," katanya.


Terkejut dengan pembunuhan itu, Collin berkata si mati tidak pernah memusuhi sesiapa.

Bill juga adalah setiausaha PEDAS, sebuah organisasi bagi memartabatkan hak Dayak.
-malaysiakini

Tiada ulasan: