"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Kedudukan Pas kabur selepas jadi 'penasihat' Umno

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Saifuddin AbdullahLEBIH awal sebelum berlangsungnya hari penamaan calon di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar terdapat pelbagai polemik yang berlaku dalam parti pembangkang terutama melibatkan pergeseran untuk meletakkan calon di antara Pakatan Harapan dan Pas.
Pastinya ramai yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam kalangan parti-parti pembangkang ini dan sejauh mana penerimaan Pakatan Harapan terhadap apa yang Pas lakukan kini, terutamanya mengenai isu Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang membawa RUU Persendirian di Parlimen baru-baru ini.

Bagi mendapatkan penjelasan konkrit dalam isu ini, ikuti wawancara bersama Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH dengan Wartawan Sinar Online, Shamsul Abd Ghani baru-baru ini untuk mengupas isu terkini mengenai masa hadapan Pakatan Harapan dan polemik yang berlaku terhadap parti pembangkang sekarang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menyatakan bahawa tiga Exco Selangor dari Pas perlu meletakkan jawatan jika bertegas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar. Benarkah mengenai spekulasi pemecatan tersebut memandangkan Pas telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding dalam PRK kali ini.

Datuk Seri Azmin Mohamed Ali, lebih mengetahui tentang perkara ini. Pada saya, apa yang penting ialah, selagi PKR memimpin kerajaan negeri Selangor, ia mesti dijayakan. Kerana ia penting, iaitu sebagai rekod perkhidmatan, dalam menghadapi PRU14 sebagai kerajaan menunggu.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, apakah pendirian dan siapa sebenarnya yang PKR pilih untuk bantu dalam gerak kerja parti? Adakah Pas atau Amanah?

PKR bermula dengan berunding dengan Pas. Pakatan Harapan maklum tentang perkara ini. Sebab itu, Pakatan Harapan menangguh apa-apa keputusan tentang PRK ini. Apabila perundingan itu tidak berhasil, maka, PKR membuat keputusan, iaitu bersama-sama DAP dan Amanah, untuk Amanah mewakili Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pakatan Harapan faham bahawa rakyat inginkan pertandingan satu-lawan-satu. Kami juga berusaha ke arah itu.

Hari ini, dalam konteks PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sebenarnya, ia adalah satu bentuk satu-lawan-satu. Yang bertanding ialah Pakatan Harapan, yang diwakili oleh Amanah.

Oleh kerana pendirian Pas yang menjadi penasihat kepada Umno dan kenyataan-kenyataan pimpinannya yang semakin menjauhkan diri daripada kami, maka, kedudukannya sebagai parti pembangkang menjadi kabur. Ia kelihatan sahabat Umno.

Justeru, dari satu segi, ia menjadikan PRK ini satu-lawan-satu, iaitu di antara “Amanah/Pakatan Harapan” dengan “Umno/BN+Pas”.

Tetapi, apa-apapun, akhirnya, pengundi yang akan membuat keputusan. Dan saya yakin akan kebijaksanaan para pengundi.

Sebagai Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, isu di antara PKR dan DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu dilihat gagal diselesaikan memandangkan banyak pertindihan kerusi berlaku. Boleh Datuk ulas mengenai situasi pertindihan kerusi antara PKR dan DAP dalam PRN Sarawak lalu?

Usaha-usaha perundingan antara PKR dan DAP berlaku pada beberapa peringkat dan mengambil masa yang panjang. Pada malam setelah selesai penamaan calon pun, masih ada perundingan antara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kami kesal dan sedih kerana tidak dapat mengelakkan pertindihan di enam kerusi itu.

Kami telah meminta maaf daripada pengundi dan penyokong. Kami belajar daripada pengalaman ini. Sejurus selepas pilihan raya Sarawak selesai, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng telah bertemu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah membincangkannya. Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan sedang membuat post-mortem tentang Sarawak. Majlis Presiden Pakatan Harapan akan meneliti laporannya dan mengambil langkah-langkah perlu supaya ia tidak berulang lagi, dan bersiap bagi medan yang lebih besar, iaitu PRU14. Dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pakatan Harapan bekerja sebagai satu pasukan.

Lepas 10 tahun bersama dengan Pakatan Rakyat, kenapa sehingga kini Pas, PKR dan DAP masih lagi tidak ada persefahaman?

Persefahaman melibatkan beberapa faktor. Faktor pertama ialah strategi, termasuk dalam menghadapi pilihan raya. Faktor ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. Faktor kedua ialah ideologi, atau idealisme dan prinsip perjuangan. Ia adalah sebab musabab mengapa sesebuah parti itu wujud. Faktor ini tidak berubah, melainkan melalui rekayasa atau penambahbaikan sahaja.

Dalam konteks Pakatan Rakyat, sesuatu perubahan atau perbezaan yang melibatkan faktor-faktor tersebut telah berlaku. Lalu menyebabkan ia terkubur. Namun, bentuknya yang lebih kecil masih wujud di Selangor, di mana PKR, Pas dan DAP membentuk kerajaan negeri, sementara kehadiran Amanah turut diraikan.

Pada hari ini, di peringkat kebangsaan, Pakatan Harapan adalah gabungan pembangkang yang terbesar. Matlamat kami ialah mengalahkan Umno/BN. Kami terbuka untuk membentuk blok pembangkang yang lebih besar.

Dalam posting di Facebook baru-baru ini, Datuk ada mengatakan bahawa “Pembentangan usul Hadi di Dewan Rakyat adalah contoh kerjasama Umno-Pas. Adakah ini bayangan kerjasama Umno-Pas dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar?”

Adakah Datuk menyokong RUU Persendirian dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda kuasa mahkamah syariah?

PKR sedang meneliti perkara ini. Senator Dr Mohd Nur Manuty dipilih mengetuai pasukan yang membuat kajian terperinci tentangnya.

Secara peribadi, saya dapati ia diliputi beberapa isu.

Pertama, caranya. Ia dicatatkan dalam kertas peraturan mesyuarat Dewan Rakyat pada hari terakhir mesyuarat, tetapi, dengan mengejut, telah didahulukan daripada urusan kerajaan. Ini luar biasa. Ia melambangkan keakraban Umno-Pas. Adakah ini bayangan kerjasama lebih akrab pada masa hadapan?

Adakah Pas telah beralih peranan daripada parti pembangkang menjadi parti penasihat? Adakah ia dibuat supaya bertepatan dengan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar? Adakah ia dibuat supaya bertepatan dengan Muktamar Pas?

Kedua, reaksi penentangan daripada parti-parti komponen BN. Adakah ia sandiwara? Atau, adakah sesuatu yang real?

Ketiga, teks usul itu tidak jelas. Ia bukan tentang hudud. Tetapi, sekiranya diluluskan, adakah ia membolehkan elemen-elemen tertentu daripada cadangan hudud oleh Pas (yang asal) dapat dilaksanakan? Sekiranya ini berlaku, adakah strategi ini sesuatu yang berhikmah?

Pada saya, kita perlu menggunakan pendekatan maqasid al-shari’ah (objektif tinggi shari’ah) iaitu untuk menegakkan keadilan. Dalam konteks ini, kita perlu menjaga maslahah ‘ammah (kepentingan rakyat), melihat prioriti, dan jelas kerangka yang dibentangkan, iaitu: deraf RUU, penyiasatan, penahanan, pengadilan, pembuktian, keputusan, hukuman, pemulihan dan kemasukan-semula dalam masyarakat.
-sinarharian

Tiada ulasan: