"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Lintas Langsung Penamaan Calon PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar (Gambar)

3 penjuru di Sungai Besar, 4 penjuru di Kuala Kangsar

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan seorang calon Bebas.

Mereka ialah Datin Mastura Mohd Yazid daripada BN, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua AMANAH Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Nama empat calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria.

Di Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas SPR menerima tiga kertas pencalonan.

Mereka ialah Budiman Mohd Zohdi daripada BN, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH dan Abdul Rani Osman daripada PAS.

Keempat-empat calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som, di Dewan Seri Bernam.

Proses penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu berakhir pada pukul 10 pagi.
-malaysiakini

----------------------
Abu Backer koyak kertas pencalonan
Abu Backer Sidek Mohd Zan yang mahu bertanding sebagai calon bebas di Kuala Kangsar menarik balik dan mengoyakkan borang pencalonan selepas pencadang dan penyokongnya tidak dibenarkan masuk ke dewan penamaan calon.

Kejadian itu berlaku selepas pencalonannya ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria.

Abu Backer kemudian dilihat menuju ke meja pegawai berkenaan dan menjerit dengan mengatakan beliau juga mempunyai maruah diri.

Selepas berkata sesuatu dengan Mior, beliau meninggalkan dewan dan kembali semula menyerahkan borang pencalonan, tetapi ditolak sekali lagi.

Ketika ditemui kemudian, Abu Backer mendakwa seseorang tidak mahu beliau bertanding di kawasan itu.

Abu Backer sebelum ini pernah bertanding di Bukit Gelugor pada tahun 2014, dan mencuri tumpuan apabila menghalang kereta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, selepas kecewa tidak bertemu pemimpin DAP itu.

Susulan itu PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Calon BN, Mastura Mohd Yazid, calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad, calon parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Termizi Ramli dan seorang calon bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari.

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuala Kangsar, Meor Mohd Jamil Meor Zakaria ketika mengumumkan perkara itu berkata, pihaknya menerima empat borang pencalonan.

"Saya telah menyemak dan berpuas hati dengan senarai calon yang dikemukan serta tiada calon yang ditolak bagi penamaan calon hari ini.

"Dengan ini saya mengumumkan kesemua calon ini sah bertanding bagi parlimen Kuala Kangsar," kata Meor Mohd Jamil.

Meor Mohd Jamil berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada calon BN pada pukul 9.01 pagi, manakala daripada PAS 9.05 pagi, Izat Bukhari Ismail Bukhari 9.09 pagi dari calon bebas.

Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar diisytihar kosong selepas penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Terdahulu, Abu Backer berkata penyandang kerusi itu allahyarham Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad adalah orang baik tetapi masih banyak yang boleh diperjuang di kawasan itu.

“Masih ada kemiskinan dan keluarga tanpa elektrik,” katanya kepada pemberita.

Beliau juga mengkritik anggota komponen BN yang menentang 'rang undang-undang hudud' dan mengancam menyaman kerajaan berhubung caranya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Selain itu beliau turut membangkitkan isu GST terhadap kurma, tetapi tidak limau Mandarin.
-malaysiakini
---------------

K Kangsar: BN, Amanah dan Pas serahkan borang pencalonan, bebas tarik diri
Calon Pakatan Harapan dari Amanah di arah ke pusat penamaan calon.
Calon Pakatan Harapan dari Amanah di arah ke pusat penamaan calon.

Perarakan calon di Kuala Kangsar berjalan dengan lancar dengan Pas dilihat mendapat lawan baru iaitu Amanah.

Para penyokong Pas yang berhimpun di satu padang telah menyorak ke arah perarakan calon Amanah apabila lalu di depan mereka.

Ikuti lintas langsung dari Kuala Kangsar dalam Malaysia Dateline.

11.00 AM
Lim Guan Eng, Saifudin Nasution dan Maria Chin (Bersih) antara yang turun memberikan sokongan untuk Amanah.
Lim Guan Eng, Saifudin Nasution dan Maria Chin (Bersih) antara yang turun memberikan sokongan untuk Amanah.
PKR, DAP dan penggerak masyrakat madani dari Bersih 4 antara pihak yang turun memberikan sokongan moral kepada calon Pakatan Harakah di Kuala Kangsar. Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail akan berkampung sepenuhnya di sini sehingga hari pilihan raya 18 Jun ini.

10.00 AM
Pusat penamaan calon telah ditutup dengan tiga parti utama menyerahkan borang pencalon iaitu Amanah mewakili Pakatan Harapan, Umno mewakili BN dan Pas dari blok ketiga.

Calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli, Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Yazid dan calon Pas, DR Najihatussalehah Ahmad.

Calon bebas Abu Backer Sidek Mohd Zan sepatutnya menyertai pertandingan ini namun menarik diri di saat akhir.

Beliau mengoyakkan kertas pencalonan beliau kerana marah penyokong dan pencadang beliau dilarang masuk ke pusat penamaan calon.

Seorang lagi calon bebas, Izzat Bukhary Ismail Bukhary, bekas pensyarah UiTM Perak, menyerahkan borang pencalonan.

Pemimpin Umno tempatan yang marah dengan pemilihan calon BN, Syed Rosli Jamalullail yang mengugut untuk menyertai pilihan raya ini sebagai calon bebas juga tidak kelihatan di pusat penamaan calon.

9.00 AM

Perarakan Pakatan Harapan penuh warna warni hari ini. Dengan latar belakang warna oren Amanah, warna biru PKR dan merah DAP juga muncul di celah-celah warna oren itu lambang kesepakatan antara mereka.

Pilihan raya kecil ini adalah ujian pertama untuk Pakatan Harapan selepas mereka turun menyertai pilihan raya secara bersama buat pertama kalinya.

8.45 AM
Calon Pas Kuala Kangsar bersama Presiden Pas serta penyokong mereka.
Calon Pas Kuala Kangsar bersama Presiden Pas serta penyokong mereka.

Calon Pas Dr Najihatussalehah tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penyokongnya.

8.40 AM
Pemimpin Pakatan Harapan berkumpul sebelum memulakan perarakan.
Pemimpin Pakatan Harapan berkumpul sebelum memulakan perarakan.

Calon dan pemimpin Pakatan Harapan berkumpul di hadapan Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar sementara menunggu pusat penamaan calon dibuka.

Antaranya Penasihat Amanah, Ahmad Awang, timbalan presiden, Salahudin Ayub, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Turut serta adalah isteri calon Amanah, Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi, Pengerusi Amanah Kedah, Dr Ismail Salleh dan juga Pengerusi Amanah Johor, Aminorhuda.
-malaysiadateline
---------------------

Sungai Besar


Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK Sungai Besar

SUNGAI BESAR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah).

BN diwakili Budiman Mohd Zohdi, manakala PAS dan Amanah masing-masing meletakkan Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Ab Shukur sebagai calon mereka.

Pengumuman tiga calon tersebut dibuat pada pukul 10.30 pagi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Khairuddin Mad Som selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Bernam di sini selesai.

Walaupun setiap calon diiringi kumpulan calon yang ramai, proses yang bermula pada pukul 9 pagi ini berlangsung dalam keadaan tenang dan lancar dengan pasukan keselamatan mengawal ketat keadaan sekeliling.

Budiman diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta beberapa pimpinan BN lain.

Dr Abdul Rani diiringi oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustapa Ali.

Bersama Azhar pula adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Budiman, 44, merupakan calon tempatan dan juga menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang yang terletak di bawah Parlimen Sungai Besar.

Beliau juga memegang jawatan setiausaha BN Selangor dan kini sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr Abdul Rani adalah seorang doktor perubatan dan mempunyai klinik sendiri. Beliau adalah Adun Meru.

Amanah yang pertama kali meletakkan calon dalam pilihan raya memilih Azhar, calon kelahiran Sungai Besar yang juga ahli perniagaan.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong selepas penyandangnya Datuk Noriah Kasnon terbabit dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 Noriah menewaskan calon PAS Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi.


Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 39.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus kaum lain.
-mstar

Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail bersama Ketua Awan Nasional Dr Mariah Mahmud mengetuai perarakan wanita Amanah
Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail bersama Ketua Awan Nasional Dr Mariah Mahmud mengetuai perarakan wanita Amanah

Kumpulan Awan diceriakan dengan kehadiran Presiden PKR

Tuan Ibrahim Mustafa bersama pemimpin BN di Sungai Besar.
 Calon Pas Dr Abdul Rani Osman
9.30 pagi - Calon Pas, Dr Abdul Rani Osman tiba di pusat penamaan calon
Tiba di pusat penamaan calon
Tiba di pusat penamaan calon
Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketuai perarakan
Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketuai perarakan

8.45 pagi - Kumpulan perarakan penyokong Pakatan Harapan tiba di lokasi pusat penamaan calo di Jalan Dewan. Calon Ustaz Azhar Ab Shukur yang berbaju Melayu lengkap bersama pengiring kemudiannya dilihat memasuki perkarangan dewan Seri Bernam sementara itu kumpulan penyokong menyanyi lagu Negaraku diikuti sorakan 'hidp pakatan harapan', 'hidup Amanah', 'lawan tetap lawan'
Timbalan PM Datuk Seri Dr Zahid Hamidi iringi calon BN
Timbalan PM Datuk Seri Dr Zahid Hamidi iringi calon BN

8.00pg - seawal jam 7 pagi pemimpin dan penyokong BN hadir berkumpul di Dataran Tengkorak.

Di sungai besar sahaja jentera BN sjumlah 5,000 orang turun memberikan sokongan kepada calon BN Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi.

Kelihatan hadir pada masa ini Tengku Adnan Tengku Mansor, Tan Sri Musa Aman, Datuk Noraini Ahmad . Datuk Zein Isma Ismail.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba pada jam 8.10 pagi ini diiringi Presiden MCa Datuk Seri Leo Tong Lai Presiden MCA Senator Chong Sing Woon Ketua Pemuda MCA(tim.men. pelajaran) , Datuk Chuah Tee Yong Naib Presiden MCA ( Tm.menteri kewangan.) .Keseluruhan jentera MCA hadir pagi ini sejumlah 2,000 orang.
Calon Amanah berkumpul di hadapan pejabat Amanah kawasan diketuai Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
Calon Amanah berkumpul di hadapan pejabat Amanah kawasan diketuai Ustaz Abdul Ghani Shamsudin

Hari penamaan calon PRK Parlimen Sungai Besar pagi ini menyaksikan muafakat antara parti komponen Pakatan Harapan.

Bermula jam 8 pagi tadi, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilihat berjalan beriringan dengan DAP, Lim Kit Siang di depan Pejabat Amanah Sungai Besar diikuti Wan Azizah bersama kumpulan penyokong PKR.

Turut menyertai perarakan Naib Penasihat Amanah, Ustaz Ghani Shamsuddin; Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir dan Pengerusi Amanah Negeri Selangor, Ir Izham.

Perarakan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan yang bermula kira-kira jam 8.15 pagi diiringi dengan sorakan 'Hidup Rakyat', 'Hidup Pakatan Harapan', 'Hidup Amanah', 'Lawan Tetap Lawan' dan 'Reformasi' selain selawat ke atas Nabi Muhammad.

Cuaca cerah pagi ini menyaksikan kira-kira 1,000 penyokong Pakatan Harapan berarak tenang menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Bernam.

Sementara itu, kawalan keselamatan turut melibatkan pasukan FRU
-malaysiadateline
--------------------------
Pertembungan tiga penjuru di Sungai Besar

SUNGAI BESAR - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pengumuman itu diumumkan Pengurus PRK Sungai Besar, Khairuddin Md Som di Pentas Pekarangan Dewan Seri Bernam di sini, pada jam 10.30 pagi tadi.

Tiga calon, iaitu Budiman Mohd Zohdi dari Barisan Nasional (BN), Dr Abdul Rani Osman daripada Pas dan Azhar Ab Shukor dari Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, iaitu gabunan parti PKR-DAP-Amanah telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Sebelum itu, Adun Sungai Panjang, Budiman, 44, diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar telah berarak dari Umno Cawangan Sungai Besar, kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi.

Kira-kira 3, 000 pemimpin dan penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon.

Sementara Pas yang menamakan Adun Meru, Dr Abdul Rani, 58, sebagai calon parti itu diiringi Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut mengiringi calon Pas, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mahmod, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan bersama penyokong parti itu.

Sementara Amanah yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan mempertaruhkan Azhar, 51, yang diiringi Presiden amanah, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad Sabu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang turut hadir memberi sokongan kepada calon parti itu antaranya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Besar akan diadakan serentak dengan PRK Kuala Kangsar di Perak pada 18 Jun ini, dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Tan Sri, Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei lalu.

Pada PRU-13, Noriah mendapat 18, 695 undi dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon PAS, Mohamed Salleh M.Hussin yang memperoleh 18, 296 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.
-sinarharian

Tiada ulasan: