"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Mat Sabu ajak adik-adik dalam PAS jangan membazir, mari undi calon Amanah

Calon Amanah miliki pakej lengkap untuk masyarakat Sungai Besar
Mohamad Sabu mengajak para penyokong Pas di Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar memberikan undi kepada calon Amanah kerana adalah membazir jika mereka memberikan undi kepada calon Pas yang tidak akan menang selepas bersendirian.

Mohamad yang menyifatkan penyokong Pas sebagai agik-adiknya selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh menyifatkan beliau sebagai abang dalam muktamar baru-baru ini mahu adik-adiknya berfikir dengan matang.

"Mana-mana saya pergi orang panggil saya abang Mat. Jadi saya nak ajak adik-adik dalam Pas agar memberikan undi kepada calon Amanah dalam pilihan raya ini.

"Ini kerana, berdasarkan sejarah Pas yang Abang Mat sertai, Pas tidak pernah menang bila bersendirian.

"Jadi jangan bazirkan undi adik-adik dengan mengundi calon Pas yang tidak akan menang. Berilah undi kepada calon Amanah," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramahnya di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar semalam.

Mat Sabu mengimbau nasib Pas yang hanya menang apabila mula bekerjasama dengan pihak lain iaitu bermula sejak tahun 1990 apabila bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang memimpin Semangat 46.

"Hanya bila Pas bekerjasama dengan pihak lain saja Pas boleh menang. Sekarang bersaorang, jadi Pas tidak akan menang. Jadi jangan bazirkan undi adik-adik," kata Mat Sabu.

Amanah bersama rakan-rakanya PKR dan DAP mendapat mandat untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil kali ini bagi mewakili Pakatan Harapan.

Sedangkan Pas kini bersendirian kerana rakanya barunya, Parti Ikatan Bangsa (Ikatan) bukan sebuah parti yang besar dan ada pengikut.

Calon Amanah, Azhar Datuk Shukur disahkan sebagai calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam proses penamaan calon pagi ini.

Turut disahkan sebagai calon adalah Dr Rani Othman dari Pas dan Budiman Radzi dari BN.

Suasana win-win

Dalam ceramah malam tadi, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail mengajak semua pengundi agar mewujudkan suasana 'win-win' dalam pilihan raya ini.

"Jika tuan-puan mengundi calon Pas, Dr Rani, dia sudah yang berhormat. Calon BN juga sudah yang berhormat. Tetapi jika tuan-puan undi calon Amanah, tuan-puan akan mendapat seorang lagi wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada tuan-puan.

"Jadi mari wujudkan suasana win-win dalam pilihan raya ini dengan undi calon Amanah," kata Saifudin.
-malaysiadateline

Tiada ulasan: