"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


MB Kedah Pengsan Ketika Mesyuarat

Ahmad Bashah Md Hanipah.
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dikejarkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) selepas rebah semasa sedang bermesyuarat pada petang Sabtu.

Beliau menghadiri mesyuarat pasukan Umno Kedah yang akan dihantar untuk membantu Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar.

Pasukan tersebut dijangka berlepas pada malam Sabtu.

Menurut sumber, Ahmad Bashah sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi KMC.

"Beliau tiba di KMC kira-kira pukul 7.30 malam dan beliau menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora pada pukul 7 petang," kata sumber.
-mstar-

Tiada ulasan: