"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Mufti Perlis mengingatkan pentaksub-pentaksub agar tidak menjadikan parti politik sebagai sebuah agama baru

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih popular dengan panggilan Dr MAZA, hari ini menasihatkan rakyat negara ini agar tidak menjadikan parti politik sebagai sebuah agama baru.

Malah, beliau juga menasihatkan supaya tidak menjadikan parti politik sebagai sesuatu perkara untuk menentukan sah dan batalnya solat.

"Parti bukan agama. Jangan jadikan parti sebagai agama baru yang menentukan sah dan batalnya solat," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan wujudnya solat dua imam di sebuah masjid di Pulau Pinang.

Malah, ketika pilihan raya kecil di Kuala Kangsar minggu lalu, turut terdapat dakwaan wujudnya solat dengan dua imam di sebuah masjid di kawasan berkenaan.

Hal seperti ini bukan satu perkara baru di negara ini kerana ramai telah menceritakan bagaimana di sesebuah kawasan, urusan solat telah dijalankan secara berasingan, secara sengaja, mengikut kumpulan dengan mempunyai dua imam.

Keadaan ini selalunya dikaitkan dengan perbezaan fahaman politik, namun ada juga yang disebabkan oleh fahaman agama yang berbeza.
-malaysiakini

Tiada ulasan: