"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Mungkinkah Terengganu Hadapi 2 Raya Dalam Masa Terdekat

Tranungkite
Melihat perkembangan terkini keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, memungkinkan Perdana Menteri akan membuat Pilihan Raya Negeri selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidifitri 6 Jun ini.

Jika Najib tidak membuat keputusan PRN untuk Terengganu sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri, kerajaan negeri bakal menghadapi satu lagi krisis kedudukan Menteri Besar bahkan lebih besar lagi kedudukan Barisan Nasional di negeri ini.

Setakat ini tidak ada tanda bekas Menteri Besar Terengganu yang dipecat, YB. Dato' Seri Ahmad Said memilih jalan damai dengan Menteri Besar sekarang YAB Ahmad Razif Abdul Rahman yang dilantik pada 15 Mei 2015 yang lalu.

Semasa Sidang DUN yang terakhir awal tahun ini, Adun Kijal telah membuat cadangan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar. Situasi gawat sidang ini diselamatkan oleh YB Speker Dewan dengan menolak usul ini.

Dengan perkembangan Menteri Besar diarah kembalikan darjat kebesaran kepada Istana Terengganu, keadaan ini menjadi lebih parah. Politik tidak menentu sejak beberapa bulan ini benar-benar memberi kesan pentadbiran dan pembangunan di Terengganu jika tiada jalan penyelesaian.

PAS Terengganu yang mempunyai kedudukan 14 kerusi daripada 32 kerusi DUN, mengambil jalan selamat dengan tidak mencampuri urusan dalaman UMNO ini, tetapi mereka bersiap sedia untuk hadapi segala macam kemungkinan.

Krisis Menteri Besar akan hadapi undi tidak percaya kali kedua akan memalukan Najib jika dibiarkan. Jalan selamat ialah Perdana Menteri perlu mengadakan PRN dalam tempoh terdekat setelah beliau bertegas tidak mahu mengantikan Menteri Besar kepada Adun UMNO lain.

Jika kajian tren pola undian rakyat Terengganu menghampiri dengan pola pengundian PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar, maka segala kemungkinan Terengganu akan hadapi Pilihan Raya Negeri selepas mereka menyambut hari lembaran ini.

Apapun terserah pertimbangan Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kuasa penuh untuk mengambil tindakan ini. Risikan dan laporan sudah dilaman Putrajaya, mungkinkah Perdana Menteri akan mengambil kaedah lontaran buah dadu untuk membuat keputusan ini?

Naraza Muda.
23 Jun 2016

Tiada ulasan: