"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Pas akan tawan Terengganu dan Kedah kalau pertandingan 3 penjuru di PRU 14 - Pemuda Pas Kelantan

Detikdaily
Nazman yakin Pas akan lebarkan pengaruh ke Terengganu dan Kedah selain mengekalkan KelantanPemuda Pas Kelantan menganggap keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar hasil pertandingan tiga penjuru bakal memberi laba kepada Pas dan Barisan Nasional.
"Tanpa menghormati kerusi tradisi Pas, dan Pas akan meletakkan calonnya di kerusi DAP dan PKR," kata Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Ibrahim di status fecebooknya.

Keadaan ini katanya akan mejadikan "pola tiga penjuru terus digilai PAN (Amanah), dan diapi-apikan DAP dan PKR"

Menurut beliau hasilnya BN akan terus menguasai Putrajaya, dan mengekalkan beberapa negeri sedia ada.

"BN pasti akan merampas Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Menempelak tuduhan Pas undur ke belakang dalam PRK serentak baru-baru ini beliau berkata pada waktu itulah baru boleh tahu parti mana yang undur selangkah, dan parti mana yang terundur 5 langkah ke belakang.

"Pada masa itu peluang yang ada hanya kepada PAS untuk mengekalkan Kelantan, merampas Terengganu dan Kedah," katanya.

Tiada ulasan: