"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


PAS Selangor mula menggeletar

Iskandar: PAS tak boleh bersendirian dalam PRU14
Alyaa Alhadjri  
Susulan keputusan pilihan raya kecil hari ini, Pengerusi PAS Selangor Datuk Iskandar Samad mengakui parti itu tidak boleh bersendirian dalam pilihan raya umum depan.

Katanya, mereka mahu mengembangkan 'blok ketiga pembangkang' yang dibentuknya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

“Realitinya di Selangor ini bersendirian tak boleh.

"Memang kena ada sokongan dengan kawan-kawan lain,” katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS Sungai Besar.

Iskandar juga berkata PAS mesti bekerjasama dengan kumpulan NGO.

BN menang dengan majoriti jauh lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.

Di Kuala Kangsar, BN mendapat majoriti 6,969 undi manakala di Sungai Besar pula 9,191 undi mengalahkan PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).
-malaysiakini



-----------------------

BN kekal status quo, Amanah sertai mainstream, Pas perlu muhasabah
MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
Muhammad Syafiq AzmiTahniah buat Amanah dan Pakatan Harapan(PH) diatas pencapain pada pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. PH telah membuktikan kekuatan gabungan itu punya rasional mengapa ia perlu dibentuk.Ia juga menjadi gambaran betapa jentera PH itu bersedia berhadapan dengan PRU yang akan datang.

Keputusan yang kedua-duanya menyebelahi Barisan Nasional(BN) bukanlah sesuatu yang berada diluar jangkaan. Ini kerana bila berhadapan dengan PRK sudah semestinya BN akan mengerahkan keseluruhan instrument kerajaan yang ada bagi memastikan calon mereka mendapat kerusi di dalam dewan rakyat.

Amanah bukti ada wibawa

Walau ada pihak yang sinis pada Amanah dengan hujah bimbang parti itu akan hilang deposit atau tidak akan mendapat undi yang banyak mereka terbukti tidak berpijak dibumi yang nyata. Dalam usia bayi(8 bulan) ia mampu mencabar kewujudan sebuah parti klasik(PAS). Tentunya ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Kekecewaan itu harus ada kerana tidak dapat mencapai kemenangan di kedua-dua kerusi parlimen, namun koalisi utuh yang turut dibantu atas beberapa faktor lain nyata merencatkan usikan "politik matang dan sejahtera" yang dibawa oleh PAS. Nyata lagi jelas bahawa Amanah bukanlah Hamim atau Berjasa yang mereka sindir selama ini.

Pas kuat bukan kerana sendiri, tetapi tidak diserang BN

Jika ada yang beranggapan Pas lebih baik kerana mendapat undi yang banyak walau hanya bergabung dengan Ikatan, sebenarnya ia suatu hujah yang tidak memandang kepada realiti sebaliknya ia cakap politik pihak yang telah terlajak jauh. Apakah dulu ketika Pas bertanding ketika dibantu PKR dan DAP mereka tidak mendapat lebih dari apa yang mereka perolehi hari ini? Itulah guna kita membentuk gabungan.

Pas atau BN merupakan parti lama yang bukan baru berusia 8 bulan dalam pentas politik tanahair. Mereka punya segala jentera dan dana untuk berhadapan tidak kira apa sekalipun pilihanraya. Ditambah pula BN yang tidak keras serangannya seperti kebiasaan menyerang Pas di media perdana juga menjadi faktor bantu dapatan jumlah undi yang diraih Pas.

Amanah kuda tunnggangan DAP

Kalau rakyat Malaysia boleh mengimbau suasana politik pada PRU ke-11 dan PRU ke-12, Pas diserang dari segenap sisi dan sudut. Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat difitnah sepanjang ketika. Baik isu kemiskinan, kemunduran dan masalah sosial mereka bertubi-tubi diasak hanya ketika mahu berhadapan dengan mana pilihanraya.

Kini asakan itu mula beralih arah dan bertumpa kepada Amanah dan PH. Pada waktu perdana, stesen televisyen yang berpihak kepada kerajaan menyiarkan berita tentang Amanah yang dikatakan alat tunggangan DAP yang suatu masa dulu peranan tersebut dipikul oleh Pas. PH bergelut untuk memberi maklum balas agar berita yang ditonton tidak ditelan bulat-bulat. Tiada kedengaran lagi soal hudud atau kuda tunggangan DAP yang terpalit pada Pas.

BN jangan selesa

Barisan Nasional (BN) juga tidak perlu merasa mereka diterima baik oleh rakyat kerana jika dilihat pada jumlah undi pada PRU ke 13 lalu, jumlah undi kedua-dua kerusi adalah lebih dari apa yang mereka perolehi sekarang. Mereka kekurangan sekitar lebih 1500 undi pada PRU ke-13 lalu dan sekaligus menggambarkan yang mengundi mereka pada PRK kali ini masih dalam kalangan kelompok yang sama. Manakala majoriti itu punya jurang yang besar kerana undi telah terpecah kepada dua pasukan yang ada asas yang kukuh untuk rakyat berikan undi iaitu antara PAS dan AMANAH.

Rakyat Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuat pilinan. Isu seperti GST, 1MDB, skandal yang melibatkan pimpinan atasan BN, bukanlah “masalah besar” bagi mereka. Mereka hanya dambakan keperluan semasa mereka dipenuhi. Maka rakyat disana perlu menuntut agar seluruh janji yang diberi perlu dipenuhi. Sama ada janji bina jambatan, menyelesaikan isu pusat kesihatan, masalah petani dan nelayan ianya perlu diselesaikan sebelum PRU ke-14 tiba kelak.

Benar, ini bukanlah medan sebenar untuk memuji atau menunjukkan bukti rakyat Selangor mahukan BN kembali menerajui negeri itu seperti yang disebut oelh Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana ianya memang kerusi yang dimenangi BN pada PRU yang lepas.

Kejutan menjelang PRU 14?

Ada yang meramalkan pertandingan lebih dari 2 penjuru ini memberikan kelebihan kepada BN. Ini kerana undi pembangkang itu hampir pasti terpecah kepada 2 iaitu antara bersama PH dan Blok ke-3. Jika diteliti situasi politik semasa ianya adalah keputusan mustahil buat pembangkang kerana ia telah ditegaskan berulang kali oleh pimpinan PAS mereka tidak akan berunding dengan PH. Taktik BN agar PAS keluar dari keutuhan pembangkang nyata berkesan dan beri keuntungan kepada mereka.

Ramai juga yang yakin PAS tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan dan buktinya mereka terus membawa nas dan hadis berkaitan perang bila berhadapan dengan AMANAH dan DAP. Apatah lagi DAP dilihat sebagai penentang hudud yang terbesar berbanding MCA, MIC dan Gerakan. Atau dari sekarang PAS perlu berpaut pada bahu UMNO dalam berhadapan PRU yang akan datang. Maka ia sudah tentu lebih memudahkan rakyat untuk menilai dan memilih.

Tiada ulasan: