"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Rumusan saya bagi PRK Parlimen Sungai Besar

Arif Atan

Rumusan saya bagi PRK Parlimen Sungai Besar:

Akses media kepada parti pembangkang terhad. Walaupun klise, tapi ini hakikat. Media perdana berbahasa Melayu baik dari Buletin TV3 sampai Utusan Malaysia yang di bawah telunjuk parti pemerintah mengampu tahap gaban. Tempoh 13 hari kempen macam BN bertanding sorang-sorang. Cerita pasal dia sajalah terbaik itu, ini.

Akibat akses media yang terhad kepada rakyat:
1. Ramai pengundi masih tidak kenal parti Amanah. Kalau kenal pun tanggapan mereka negatif - wujud selepas kalah pemilihan, lawan Presiden Pas, liberal, tolak ulamak, tunggangan DAP dll - naratif sama didendangkan TV3, Utusan.

Paling kritikal segmen pengundi Melayu. Kadar celik politik mereka umumnya tidaklah 'smart' macam 'smart phone' yang mereka miliki. Berbanding pengundi Cina yang ditemui kerap mereka beritahu dapat maklumat itu, ini daripada akhbar mereka yang lebih bebas tidak terkongkong seperti akhbar perdana berbahasa Melayu. Lanjut baca
https://malaysiadateline.com/…/3209-lepas-tok-guru-tiada-pa…

2. Sentimen bangsa dan agama menyuburkan emosional pengundi Melayu. Kenaikan berganda kos sara hidup akibat GST dan salah tadbir urus negara yang kena pada semua rakyat tidak menjadi pertimbangan rasional majoriti pengundi Melayu. Isu penyelewengan massa seperti rasuah berbilion ringgit, skandal 1MDB dan jet Rosmah dianggap sebagai isu nasional yang konon tak memberi tempias kepada mereka.

PRK kali ini juga buat julung-julung kali menyaksikan TV3 dan Utusan memberi ruang kepada Pas untuk menyerang Amanah. Isu hukum hudud dieksploitasi. Proses RUU Akta 355 begitu sakral untuk dipersoal.

Masjid Jamek Makmuriah di Sg Besar pun tumpang sekali berkempen tolak calon Amanah. Lanjut baca
https://malaysiadateline.com/…/3256-ada-parti-guna-masjid-u…

3. Pengundi Melayu gagal untuk bezakan antara parti dan individu dengan kepentingan institusi. Mengkritik Umno (parti) dan mendesak Najib (individu) supaya berundur dianggap menghina Melayu (institusi). Jadi, tak hairanlah apabila mereka menganggap Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu walaupun moyang kepada moyang mereka boleh hidup pun tanpa Umno. Samalah juga persepsi kalangan penyokong tegar Pas. Tidak puas hati dengan Hadi Awang sebab suka menghukum dianggap sebagai pengkhianat perjuangan Islam walaupun tak tau hujung pangkal apa yang diperjuangkan parti itu sekarang.

4. Terpedaya dengan falasi Pas kononnya semakin bersungguh memperjuangkan undang-undang Islam. Persepsi ini biasanya bagi pengundi kategori Islamis yang konservatif. Imej Amanah yang moderat tidak 'kena' dengan jiwa kelompok pengundi ini yang ramai di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sesuai dengan faktor demografi luar bandar yang dimiliki. Usaha Pas untuk semakin tampil lebih Melayu pada ketika Umno juga menyamar untuk jadi lebih Islamis sebenarnya memberi kesan positif pada sebahagian besar pengundi Melayu. Walaupun di media sosial imej Pas jadi 'lauk' dan bahan sarkastik netizen tetapi hanya berlegar di alam maya belum cukup-cukup ampuh diterjemah sebagai undi protes terhadap Pas sehingga membolehkan calon Pas di Kuala Kangsar berada di nombor dua mengatasi calon Amanah.

Selain faktor akses media yang terbatas, perkara lain turut memenangkan BN dengan undi majoriti bertambah ialah:

1. Manipulasi besar-besaran segala alat, peruntukan dan kenderaan kerajaan untuk kempen bagi pihak BN. Itu sebab kalau dicampur undi kepada Amanah dan Pas masih gagal mengatasi jumlah undi dipungut BN. Janji pelbagai janji manis berkumandang di TV hampir setiap hari , 'dedak' ditabur. Segala menteri turun umum itu, ini.

Paling kurang RM7 juta pelbagai bentuk dana segera diumum banyak menteri di Sg Besar saja sepanjang tempoh kempen berdasarkan laporan di media. Itu yang dilapor, yang tidak dilapor tentu banyak lagi. Lanjut baca:
https://malaysiadateline.com/…/3234-paling-kurang-rm7-juta-…

Di Sg Besar juga, pada hari mengundi, tak lebih 20 kereta berlogo Pelan Integrasi Nasional membawa bendera BN berlegar sekitar Sungai Limau dan Sungai Haji Dorani. Situasi ini jelas tidak adil.

Parti Amanah yang mewakili Pakatan Harapan bukan saja menentang BN tapi seluruh perkakas kerajaan Malaysia turun berkampung di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Padahal di Sg Besar, kerajaan negeri yang bermenteri besarkan seorang Timbalan Presiden PKR tidak pula menyalahgunakan perkakas milik kerajaan negeri untuk kempen di pihak parti pembangkang.

2. Di Sg Besar, koordinasi calon Amanah dengan pihak media perlu diakui berada di tahap tidak memuaskan. Pernah dalam satu sidang media, wartawan dari sebuah akhbar Inggeris panjang lebar mengkritik tempoh berlangsungnya sesuatu slot kempen yang lari jauh daripada jadual. Walaupun pada satu tahap, luahan wartawan itu agak keterlaluan tapi itu realiti pahit yang perlu diperbaiki Amanah pada PRU14 akan datang.

Kurang daya sentuhan calon Amanah di Sg Besar khususnya dengan media bukan saja terhadap akhbar di bawah kawalan parti pemerintah bahkan terhadap media yang mewakili suara Amanah sendiri. Sikap 'over protective' orang di sekeliling calon hanya akan menyukarkan pihak media untuk 'memasarkan' kredibiliti calon Amanah di tengah-tengah lautan dominasi info dan lensa tertumpu kepada calon BN. Malah pada hari mengundi, ramai pihak media hanya menggeleng kepala apabila tahu kumpulan calon Amanah masuk ikut belakang ketika sebelum itu media punyalah lama menanti di tengah hari bulan puasa lagi di jalan masuk Utama SK Sg Hj Dorani.

3. Pola dan tingkah laku pengundi Cina:

i) Pola mereka umumnya cenderung memilih BN pada "undi kecik" (panggilan Cina yang ditemui) tetapi memangkah calon parti pembangkang pada "undi besar" (Pilihan Raya Umum). Walaupun secara keseluruhannya, kawasan ramai pengundi Cina masih berpihak pada calon Amanah seperti Sekinchan di Sg Besar tetapi trend tersebut wujud di beberapa peti undi yang majoritinya pengundi Cina.

ii) Beberapa pengundi Cina ditemui terus terang tidak senang dengan pemilihan Ustaz Azhar sebagai calon di pihak parti pembangkang. Mereka tahu calon seorang yang baik, datang dari parti yang baik tapi yang banyak bercakap bagi pihak calon adalah DAP. Walaupun pengundi Cina faham strategi itu lumrah dan bukti kesepakatan Pakatan Harapan tetapi dari satu segi mereka juga mahu calon Amanah yang Melayu itu juga lebih banyak bercakap. "Tak payah cakap Cina pun takpa. Kami mahu dengar apa dia boleh tolong sama kita tapi itu DAP juga banyak sangat cakap" jawab seorang pemilik kedai runcit Cina di Sg Hj Dorani ketika ditemui pada hari membuang undi.

Tiada ulasan: