"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Saksikan video ustaz PAS memfitnah 'di Pulau Pinang dah boleh AZAN' ketika tazkirah Ramadhan di sebuah masjid


Fakta2 yang tidak tepat dan boleh menimbulkan fitnah... Antarannya
1. Sebanyak 80 Kerusi Parlimen di Sabah, sebenarnya jmlah keseluruhan kerusi parlimen di Sabah adalah berjumlah 25.
2) Ungkapan kekalkan yang sedia ada (BN) walaupon zalim (perlaksanaan GST, Tol, dsb)
3. Usul RUU Akta 355 adalah berada di nombor 15 bukan no 20 spt yg dia dakwa.
4) YB Khalid Samad bukan menghalang atau mempertikaikan tetapi menanyakan prosedur bagaimanakah satu RUU persendirian dibawa oleh pembangkang daripada nombor 15, tiba2 diutamakan berbanding RUU kerajaan. Bagaimana boleh diutamakan supaya menjadi garis panduan yang kini boleh digunakan oleh pembangkang pada masa akan datang.
Teuku Zacharyah Iskandar



------------------------------
Fitnah halang azan di Pulau Pinang, penceramah Pas dituntut mohon maaf
MALAYSIA DATELINE
Yang diPertua (YDP) PAS Padang Serai, Ustaz Shaharuddin Ibrahim yang menimbulkan kontroversi kerana melemparkan fitnah kononnya masjid-masjid di Pulau Pinang tidak boleh melaungkan azan dituntut untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim berkata, beliau amat kesal dengan kenyataan berunsurkan fitnah yang dilemparkan Shaharuddin ketika menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah pada 11 Jun 2016.

“Tazkirah Ramadan sepatutnya menjadi wadah penyebaran ilmu agama, menyingkap kisah-kisah nabi, kelebihan Ramadan dan bukannya dijadikan pentas politik kepartian dengan menabur fitnah,” katanya dalam satu sidang media di Komtar seperti dilapor Buletin Mutiara..

Menurut Abdul Malik, lebih dikesalkan adalah tohmahan dan fitnah yang dilakukan itu ‘dilontarkan’ ketika di dalam masjid dan di bulan Ramadan yang mulia.

“Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut supaya beliau (Shaharuddin) memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut dalam media massa.

“Beliau (Shaharuddin) juga perlu memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kenyataan bertulis dalam tempoh seminggu. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dipertimbangkan,” jelasnya.

Pada 11 Jun lalu, Shaharuddin dipercayai mengeluarkan kenyataan yang berbunyi seperti berikut:
“Kalau DAP menguasai negara…nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan-tuan..!”

Mengulas lanjut. Abdul Malik memberitahu, tazkirah Shaharuddin yang berdurasi sekitar 30 minit itu, jelas menyiarkan ucapannya pada minit 14:35.

“Malah, tuduhannya turut disiarkan dalam Youtube (http://www.youtube.com/watch?v=mrlO6A99wcs) dan laman Facebook Masjid Jamek An-Najah (https://www.facebook.com/masjidpadangserai),” ujarnya.

Tiada ulasan: