"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Zahid Hamidi mesti minta maaf dan pulangkan wang kepada keluarga tebusan

K'jaan perlu pulangkan wang kepada keluarga tebusan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berhak untuk menyalurkan RM12 juta yang dikutip untuk tujuan membebaskan tebusan Sarawak dan seharusnya mengembalikan wang berkenaan kepada keluarga mangsa dan orang ramai.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Jacob George berkata, wang itu milik keluarga serta orang awam yang membantu keluarga tebusan sebelum ini.

"Ini bukan wang kerajaan, jadi siapakah Ahmad Zahid yang membuat keputusan untuk menyalurkan wang tersebut kepada badan Islam? Ini adalah kemuncak sikap tidak bertanggungjawab dan ia tidak boleh diterima.

"Ini juga memalukan Islam dan semua agensi Islam," berkata Jacob kepada Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri bahawa wang yang dikumpulkan untuk membayar tebusan berkenaan telah disalurkan kepada badan Islam tertentu di Filipina.

Pada masa yang sama, Zahid turut mengesahkan wang yang diperolehi itu adalah sumbangan orang ramai dan jualan aset keluarga mangsa.

"Kerajaan memutuskan untuk tidak membayar wang tebusan berkenaan, dan polis akur perintah ini," kata Zahid, memetik laporan Berita Harian, semalam.

Namun, kata Jacob, keputusan kerajaan untuk menyalurkan wang hanya akan merangsang lebih banyak penculikan di perairan Sabah.

Tambah beliau, orang ramai tidak akan percaya Kementerian Dalam Negeri selepas itu berikutan 'tindakan' sedemikian.

"Bagaimana anda boleh harapkan kita untuk mempercayai orang seperti ini dalam soal keselamatan negara selepas apa yang mereka lakukan.

"Ahmad Zahid harus meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan berterus terang mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku, siapa yang membuat keputusan berikan wang kepada pertubuhan tersebut. Kami mahu kebertanggung jawaban." katanya.

Beliau turut mendesak para pemimpin untuk berhenti mengeluarkan kenyataan sehingga mereka telah mendapat semua maklumat yang betul bagi mengelakkan kekeliruan.
-malaysiakini

Tiada ulasan: