"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Akibat kebodohan pihak polis kerajaan terpaksa bayar Teresa Kok RM 350,000

Putrajaya: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menang dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini menentang kerajaan berhubung penahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sembilan tahun lalu.

Beliau turut dianugerahkan ganti rugi RM350,000.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya hari ini berkata berlaku kesilapan undang-undang dalam keputusan Mahkamah Tinggi apabila ia menggunakan kes ujian, ketika merujuk kepada situasi Teresa, tahun lalu.

“Ia jelas kesilapan undang-undang apabila Mahkamah Tinggi mengguna pakai prinsip ‘stare decisis’ untuk mengikut satu kes yang kini bukan lagi undang-undang yang bagus,” kata Hakim Datuk Varghese George yang membacakan penghakiman itu.

Panel hakim lain ialah Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Zaleha Yusof.

Mahkamah juga mendapati tuduhan itu, yang menamakan pembabitannya dalam bantahan suara azan, petisyen menurunkan papan tanda Jawi, SMS langsung pembabitannya, dan juga petisyen supaya azan tidak dipasang adalah lapuk.

“Beliau ditahan pada 19 September 2008. Tetapi tuduhan yang dituju kepadanya ialah pada Februari tahun itu.

“Tidak ada tindakan serta-merta. Polis tidak bertindak atas perbuatannya yang didakwa membangkitkan ancaman awam. Mereka hanya menahannya tujuh bulan selepas itu,” katanya.

Varghese berkata:”Polis gagal menunjukkan mereka menyokong dakwaan itu ketika menahannya.”

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan kerajaan membayar RM350,000 ganti rugi umum, teladan dan teruk kepada naib presiden DAP itu.

“Kos RM70,000 juga perlu dibayar kepadanya (Teresa),” kata hakim.

Tahun lalu, Teresa memfailkan kes mencabar kerajaan atas penahannya mengikut ISA pada 2008. Mahkamah Tinggi memutuskan penahanan itu sah mengikut undang-undang.

Teresa juga diarahkan membayar kos RM50,000.

Pada Mac 2998, Teresa memfailkan saman terhadap menteri dalam negeri, beberapa pegawai polis dan kerajaan Malaysia. Beliau mendakwa ditangkap dan ditahan mengikut ISA secara salah.

Beliau mendakwa penangkapan dan penahannya tidak berasas dan beliau terpaksa melalui tekanan mental, sakit dan mengalami keracunan makanan serta dinafikan hak perlembagaan.

Bercakap kepada wartawan di luar mahkamah, Teresa berkata keadilan diberikan kepadanya dan tidak terlewat untuk mendapatkan keadilan.

“Ini membuktikan saya ditahan secara salah dan tuduhan mengenai azan, petisyen serta SMS itu tidak berasas,” katanya.

Beliau berkata, “musuh” hanya cuba untuk menunjukkan imej anti Islam kepada kerajaan Selangor.
-FMT

Tiada ulasan: