"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Apabila walaun mendendangkan lagu 'Salahuddin Ayub kembali ke Pas'

Salahuddin anggap cerita beliau akan kembali ke Pas seperti budak main mercun
MALAYSIA DATELINE
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menganggap cerita yang tersebar kononnya beliau akan berpatah balik menyertai Pas ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil di malam hari raya.

"Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Menurutnya sebagai Timbalan Presiden Amanah, beliau semakin sibuk membantu Presiden dan parti Amanah memperkukuh hubungan luar dengan semua segmen dalam masyarakat , NGO dan tokoh-tokoh penting negara.

"Memperkukuh Pakatan Harapan bersama dengan Gerakan Deklarasi Rakyat akan terus menggempur kezaliman dan ketidakadilan BN demi menyelamatkan negara tercinta ini.

"Saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan buktikan bahawa Amanah adalah parti masa depan generasi muda dan merealisasikan cita-cita Islam adalah Rahmatallillalamin, biarlah parti lain yang semakin seronok dengan ciri-ciri dan budaya ISIS," katanya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Salahuddin kembali ke Pas?

Sambutan Aidil Fitri Syawal tahun ini begitu bermakna bagi saya setelah setahun bermula dengan Gerakan Harapan Baru( GHB) dan seterusnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) , sebuah parti yang saya bersama membinanya dari hari pertama kewujudanya.

Salahudin menerima tetamu di hari raya termasuk ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Salahudin menerima tetamu di hari raya termasuk ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Di samping rakan-rakan seagama yang begitu ramai datang bertamu di rumah saya di Kg Tg Piai, Pontian, demikian juga rakan-rakan dari kaum Cina dan India yang memeriahkan lagi sambutan Hari Raya. Saudara mara saya dari kaum tionghua juga tidak ketinggalan setiap tahun datang begitu ramai mewarnai panorama rentas budaya dan politik.

Tidak ketinggalan juga rakan-rakan lama daripada Pas yang berjumpa dengan saya. Ada di kalangan mereka yang masih memegang jawatan dalam Pas. Mereka datang bertanya khabar dan ada yang terus terang meluahkan perasaan kecewa kerana perjuangan Pas bukan lagi seperti dulu apatah lagi tanjak dan keris hadir dalam muktamar Pas yang lalu. Lain benar rasanya kata mereka.

Saya bersyukur dan gembira selepas hampir setahun ditubuhkan Amanah semakin mantap bertapak di persada politik tanahair. Jika diukur dari pencapaian dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar Amanah mampu setanding dengan parti-parti lain yang telah berumur puluhan tahun.

Lebih menyakinkan saya tidak ada seorang pun ahli dan pimpinan Amanah yang keluar parti. Walaupun diserang dari terbit mentari hingga terbit fajar sidiq Amanah mampu bergerak pantas memahat arca siasah negara.

Mutakhir ini ada berita yang mengatakan saya sedang berfikir serius untuk kembali ke parti lama saya. Ramai rakan-rakan yang bertanya dan risau dengan berita ini. Saya anggap berita ini ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil dimalam hari raya. Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun.

Saya sebagai Timbalan Presiden Amanah semakin sibuk membantu Presiden dan parti Amanah memperkukuh hubungan luar dengan semua segmen dalam masyarakat , NGOs dan tokoh-tokoh penting negara . Memperkukuh Pakatan Harapan bersama dengan Gerakan Deklarasi Rakyat akan terus menggempur kezaliman dan ketidakadilan BN demi menyelamatkan negara tercinta ini.

Saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan buktikan bahawa Amanah adalah parti masa depan generasi muda dan merealisasikan cita-cita Islam adalah Rahmatallillalamin. Biarlah parti lain yang semakin seronok dengan ciri-ciri dan budaya ISIS.

Selamat Hari Raya maaf zahir batin

* Salahuddin Ayub adalah Timbalan Presiden Amanah

Tiada ulasan: