"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

AS$1 bilion (RM4 Billion) dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas

Jabatan Kehakiman Amerika ‘kantoikan’ 1MDB bayar hutang judi di Las Vegas
Hafiz Zainuddin

RAUB, 21 JULAI: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkan, sebanyak AS$1 bilion dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas, selain kapal layar mewah, perhiasan dalaman, hartanah dan sebuah jet.

Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe dalam sidang media semalam bakal memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini bermati-matian menafikan dana syarikat terbabit kononnya tidak diseleweng.

Berikutan itu, Jabatan Kehakiman Amerika telah mengumumkan akan bertindak dengan memfailkan permohonan menyita dan merampas aset berkenaan.

Menyifatkan pendedahan ini menjatuhkan imej dan memalukan negara, Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri berkata 1MDB yang sepatutnya menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan telah dijadikan alat semata-mata untuk memperkayakan diri sendiri.

Tambah memalukan lagi kata beliau, pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka yang mengaku ‘pejuang Melayu dan Islam’ amat sibuk dengan isu kafir harbi, konsert dan seumpamanya tetapi membutakan mata dengan penyelewengan rasuah terbesar yang dilakukan pemimpin.

“Malaysia ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan rasuah.

“Pemimpin kita rasuah dan kita lihat sebahagian orang Melayu jerit sana sini mereka Islam dan mahu mempertahan Islam sampai ketitisan darah terakhir.

“Tetapi mereka masih tidak mahu menolak pemimpin yang rasuah dan mencuri duit rakyat Malaysia. Perbuatan dan pendirian demikian amat memalukan. Jika kita tidak bangkit menolak pemimpin yang korap, maka itu hipokrit dan kufur!” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Menurutnya adalah amat ironi, sebagai negara bukan Islam, Amerika bertegas dengan tidak membenarkan sistem kewangan dan perbankan mereka dijadikan alat kepada ketua-ketua negara mencuri wang rakyat di negara mereka.

“Saya melihat ini sebagai kutukan keaatas Malaysia. Malaysia ialah negara ‘si pencuri’. Malaysia adalah sebuah negara yang rasuah dan mengamalkan budaya rasuah dan mencuri. Amerika yang membenci rasuah dan pencuri yang menyauk duit rakyat mereka sendiri ialah negara ‘kafir’,” katanya.

Dalam perkara yang sama Ariff berkata persoalan yang timbul saat ini ialah bagaimana pentadbiran Najib mempertahankan dirinya sendiri.

“Adakah mereka akan guna taktik lama dengan menipu rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bahawa ini semata-mata sebuah konspirasi jahat dengan Jabatan Kehakiman Amerika dikuasai Yahudi?

“Pada masa yang sama menuduh Yahudi memang bengang dengan Najib yang dianggap penjaga dan pembela aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pelopor wasathiyah dan penganjur maqasid syar’iah?” soal Ariff.
-Roketkini.com

Tiada ulasan: