"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Kubu kuat Pas di Dun Demit kini mesra Amanah

MALAYSIA DATELINE

Kawasan Dewan Undangan Negeri N019 Demit yang dimenangi Pas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan majoriti 8,581 undi tidak lagi dianggap kawasan kebal bagi parti itu.

Kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) dan pemecatan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian Datuk Husam Musa daripada parti menyebabkan sokongan masyarakat di kawasan itu kepada Pas beralih arah.

"Dalam pertemuan dengan facebookers di Kota Bharu beberapa hari sebelum raya, Datuk Husam memberitahu di kawasan Demit sekarang sudah ada sekitar 7,000 pengundi yang mengundi Pas dalam PRU13 tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang," kata Ketua Amanah Kubang Kerian, Fauzi Muhamad ketika ditemui.

Dalam PRU13 katanya, BN melalui calonnya Wan Mohd. Nazi Wan Hamat mendapat 6,721 undi, lebih kecil dari undi majoriti 8,581 manakala calon Pas, Mumtaz Md. Nawi mendapat 15,302 undi.

"Saya tidak tahu dari mana Datuk Husam mendapat maklumat mengenai peralihan yang disebut beliau, tapi sebagai ketua Amanah saya dapat rasai sambutan hangat kepada parti kita sepanjang kami bergerak hampir setahun lalu," katanya.

Di Dun Demit menurut beliau kebanyakan aktiviti dan program parti adalah hasil cadangan dan kelolaan dari peringkat bawah dan sedikit sekali perancangan dari peringkat kawasan.

"Saya masih ingat ketika mula-mula kami menubuhkan jawatankuasa di peringkat kawasan tiba-tiba dimaklumkan satu ceramah oleh (Timbalan Presiden Amanah) Haji Salahudin Ayub akan diadakan di tengah-tengah kawasan pondok Tok Kenali," katanya.

Bila pihak kawasan turun untuk menyelaras, beliau diberitahu semua telah diatur termasuk menjemput penceramah dan mereka mahu terus isytihar penubuhan cawangan di situ.

"Saya terpaksa meminta mereka tangguhkan penubuhan cawangan kerana secara teknikalnya kawasan sendiri belum disahkan pendaftaran oleh pihak pendaftar pertubuhan waktu itu," katanya.

Selepas berunding, katanya mereka bersetuju untuk membuat perisytiharan serentak tiga cawangan dalam majlis Jamuan Kerbau yang diadakan berhampiran masjid Kampung Pulau di sebelah Hospital USM.

"Kawasan ini yang asalnya dikenali sebagai 'dalam pondok' merujuk Pondok Tok Kenali mungkin kubu terkuat Pas tapi sekarang Amanah diterima secara terbuka dan menjadi pusat aktiviti termasuk pusat penyebaran akhbar Amanah di Demit," katanya.

Satu lagi perkembangan kata Fauzi adalah perubahan sikap komuniti staf dan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang kini begitu mesra dengan parti Amanah.

"Ramai pensyarah termasuk berstatus profesor menemui saya memberi sokongan dan ada yang mengisi borang tapi berpesan supaya tidak dihebohkan.

"Bagaimanapun sekarang kita ada tiga profesor yang menyertai parti secara terang dan bersedia menyertai sebarang aktiviti Amanah jika diperlukan," katanya.
Menurutnya, sikap staf dan tenaga pengajar USM ini turut mempengaruhi pelajar-pelajar mereka.

"Bila Amanah mengadakan program seperti membantu asnaf dan ziarah kebajikan pada bulan Ramadan lalu ramai pelajar turut membantu," kaanya.

Bagi Fauzi perubahan yang berlaku di dua institusi besar dalam Dun Demit iaitu Pondok Tok Kenali dan komuniti USM dijadikan asas untuk mengukur kekuatan mana-mana pihak dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

"Saya rasa Datuk Husam pun guna ukuran ini untuk membuat unjuran tentang kecenderungan pengundi Dun Demit menjelang PRU14," katanya.

Tiada ulasan: