"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Pakatan pembangkang baru akan dilancarkan tidak lama lagi

Tranungkite
SHAH ALAM: Sebuah pakatan pembangkang baru yang terdiri daripada tujuh parti politik akan dilancarkan tidak lama lagi.


Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Lina Soo dipetik mStar berkata, gabungan parti baharu itu yang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) sedang ditubuhkan kerana Pakatan Rakyat gagal memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau, pakatan pembangkang itu telah berpecah-belah dan sudah tidak lagi sehaluan.

Saksama adalah gabungan parti-parti politik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Ia terdiri daripada STAR, Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP) , Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Alternatif Rakyat dari semenanjung.

"MUPP di bawah presidennya, Philip Among memulakan gabungan baharu ini bulan lalu. Tujuh parti politik bersetuju menjadi sebahagian daripadanya dan kami menjangkakan lebih ramai akan menyertai gabungan ini," kata Soo dalam sidang media di Sibu sebentar tadi.

Beliau berkata permohonan untuk mendaftarkan parti itu telah dibuat dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Kami menjangkakan untuk melancarkan parti baharu ini dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi," katanya.

Tiada ulasan: