"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


PKR tunggu pengumuman Muhyiddin dulu - Anwar

PKR sedang menunggu bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan sebuah parti politik baru, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita sedang menunggu pengumuman beliau.

“Jika program atau agendanya bermanfaat untuk rakyat, kita boleh bekerjasama,” kata pemimpin pembangkang yang dipenjarakan itu kepada Malaysiakini.

Anwar ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Bekas ketua pembangkan itu diminta mengulas rancangan pembentukan parti baru dan “pembangkang besar” oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin, yang dipecat Umno baru-baru ini, telah menyatakan kemungkinan membentuk parti baru atau menyertai parti sedia ada.
-malaysiakini

Tiada ulasan: