"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Sekat viral video, gambar aibkan orang

Nizha Periaswamy

Hari ini, ada satu lagi video viral yang dikongsi dalam laman sosial Facebook. Ia bukan satu-satunya tetapi salah satu daripada berpuluh dan beratus video yang dikongsi setiap hari.

Tapi yang ini sweet, video pasal si suami menyuap makanan kepada isteri yang sibuk tenangkan anak yang menangis sampai si isteri tak dapat makan. Maka, si suami pun bangun dan suap habis makanan isteri. Sweet kan?
Ia bukan dirakam dengan sengaja, tetapi tanpa pengetahuan si suami, demikian kata individu yang dipercayai merakam video itu. Jadi kalau benarlah perlakuan si suami itu ikhlas atas dasar sayang dan kasih, memang kena tabik spring.

Sekarang ini zaman sudah lain, kalau kita kena langgar, rompak, ragut, pukul, dibunuh pun, semuanya kena rakam. Orang sudah tidak datang menghalang atau menolong, mereka datang bertimbun-timbun untuk buat rakaman dan bersaing untuk mendapatkan sudut terbaik.

Kalau terjatuh ke, tersungkur ke, kena gigit anjing, tersembam dalam longkang, semua pun boleh jadi viral. Semuanya dirakam tanpa diketahui empunya badan. Jadi hati-hatilah (nasihat untuk diri sendiri jua) supaya anda tidak dirakam atas perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri.

Kalau dirakam atas perkara ‘sweet’, tak mengapa, kadang kala ia umpama rezeki tergoleklah namanya. Boleh jadi famous semalaman!

Okay, kembali kepada isunya, adakah adil atau dibenarkan untuk merakam aksi-aksi orang lain tanpa kebenaran mereka?

Sama ada sebagai kecaman, marah, ugutan, berniat memalukan ataupun sebaliknya seperti memberi kredit, menghargai jasa seseorang atau berniat murni. Adakah saya, anda atau seseorang itu mempunyai hak merakam perbuatan dan percakapan orang lain?

Letak ke tepi dulu aksi atau perbuatan ‘hero’ yang bawa kesan positif, mari kita lihat daripada segi aspek tidak baik, aspek yang selalu menjadi masalah dan mampu membawa kesan negatif yang berpanjangan.

Apabila seseorang itu diserang atau dikecam, aksi memalukan dirakam, kejadian yang boleh menjatuhkan aib diviralkan, bolehkah kita menyaman atau mengambil tindakan undang-undang? Ini kerana privasi kita selaku seorang warga negara yang bebas dimanipulasikan dan dipergunakan orang lain?

Contoh paling senang ialah gambar mangsa kemalangan berlumuran darah atau mangsa ditetak dalam keadaan tidak sepatutnya dikongsi, bagi saya mereka sepatutnya boleh kena saman!

Ya, bukankah gambar diviralkan tanpa sebab kukuh boleh menjatuhkan keaiban selain menyakitkan hati orang yang terkesan dan ahli keluarganya? Teringat juga baru-baru ini apabila gambar seorang wanita yang ditembak diviralkan.

Dalam satu lagi kejadian kes tetak, gambar seorang lelaki India berlumuran darah pula diviralkan. Apakah ia sejenis penyakit di mana mereka yang berkongsi gambar seumpama ini mendapat kepuasan?

Janganlah hanya jika perdana menteri ‘diserang’ dalam kumpulan Whatsapp saja boleh diambil tindakan kerana setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan mempunyai hak untuk melindungi dan mempertahankan dirinya.

Mengambil contoh beberapa kes seumpamanya, kita pasti pernah terbaca kisah bagaimana seseorang terus dibelenggu apabila gambarnya diviralkan atas sebab yang salah. Seorang pak cik yang sekadar menjenguk rumah selepas mengetahui kereta tuan rumah dijual dicap sebagai penyamun.

Sehingga ke hari ini pak cik itu akui hidup dalam dilema kerana sering dipandang serong.

Kejadian seorang pelajar sekolah mencium teman lelakinya dirakam dan diviralkan, sehingga hari ini ibu bapa pelajar itu terpaksa menanggung malu. Kesan kepada anak, mungkin lebih besar.

Moga, pihak berkuasa dan sesiapa saja terbabit ambil langkah sewajarnya supaya perkongsian gambar atau video yang boleh memudaratkan moral masyarakat dihentikan.

Kerana, hanya dengan undang-undang dan penguatkuasaan saja perkara sebegini boleh dihindari daripada ‘tangan-tangan ghaib’ yang entah datangnya dari mana tetapi tiba-tiba saja memuat naik gambar atau video milik kita atau individu yang dikenali.

Tak salah jika kongsi perkara baik (bukan yang sengaja dibuat-buat atas alasan mencari publisiti), perkara yang benar-benar berlaku demi permuafakatan, sebagai pengajaran atau memberi impak positif.

Tidak salah, malah elok berkongsi perkara baik, namun jika ia mengaitkan perkara yang memalukan, saya fikir kita perlukan sekatan.

Mungkin kerana sivik masyarakat kita masih rendah, ‘cakap sekali masih tak mahu dengar’ dan ada kalanya kerana mentaliti masih ‘jahil’, suka kongsi perkara yang tidak sepatutnya. Maka usaha memberi nasihat, bercakap lembut, bagi amaran, beri tunjuk ajar, semuanya sudah tamat. Sekarang kalau nak jaga privasi dan hak kita, kena ada undang-undang!

Tiada ulasan: