"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Terbongkar lagi, mana mau lari:Goldman berdepan saman di AS kerana ‘nasihat salah’ bantu Najib

FMT Reporters 

PETALING JAYA: Sebuah syarikat pelaburan bertindak menyaman Goldman Sachs sebanyak AS$510 juta (RM2.07 bilion) selepas bank itu dituduh memberi nasihat pelaburan yang bertujuan semata-mata mahu membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Primus Pacific Partners berkata salah seorang pelanggannya, EON Capital, diberi nasihat tidak betul oleh Goldman.

Menurut saman Primus seperti dipetik New York Times (NYT) hari ini, Goldman memastikan Hong Leong Bank, yang dikatakan ada hubungan dengan Najib, berjaya membeli EON Capital walaupun ada tawaran lain yang lebih lumayan.

Primus berperanan menasihati EON Capital, dan mendakwa Goldman menggunakan maklumatnya mengenai EON Capital bagi membantu Hong Leong Bank menyediakan dokumen tawaran pembelian syarikat itu.

Primus, yang merupakan pemegang saham dalam EON Capital, mendakwa Goldman menasihati EON Capital menerima tawaran daripada Hong Leong itu.

Ini menyebabkan Primus kerugian AS$170 juta, kerana EON tidak dijual kepada pembida tertinggi. Ia juga gagal mencabar penjualan itu di sebuah mahkamah Malaysia pada 2011.

Saman yang difailkan Primus di New York itu berkata Goldman pada masa itu merahsiakan hubungannya dengan perdana menteri Malaysia.

Ia mendakwa salah seorang daripada adik beradik Najib merupakan sebahagian lembaga pengarah Hong Leong Bank, dan seorang lagi di sebuah firma yang menasihati Hong Leong dalam pembelian EON Capital.

Setahun sebelum tawaran membeli EON itu, Goldman diberi lesen menjalankan operasi di Malaysia, dan ia dengan cepat menjadi salah sebuah bank terbesar dengan peranan menasihati kerajaan dan 1MDB, menurut NYT.

The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini melaporkan Goldman terlibat dalam membantu 1MDB menawarkan bon bernilai AS$6.5 bilion dan diberi yuran lumayan.

WSJ juga melaporkan pihak berkuasa AS sedang meneliti sama ada Goldman turut terlibat dalam memindahkan hasil jualan bon itu ke dalam sebuah akaun peribadi.

Sebelum ini, ketua operasi Asia Tenggara Goldman Sachs, Tim Leisnner, melepaskan jawatannya selepas dakwaan salah laku membabitkannya dalam skandal 1MDB, yang kini menjadi sasaran penyiasat AS.

Minggu lepas, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman mahu menyita aset berkait syarikat milik Kementerian Kewangan itu berjumlah AS$1 bilion, atas dakwaan kecurian wang dan korupsi.

Dokuman penyiasat AS turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, menggunakan wang yang dilesapkan daripada 1MDB. Ia juga mendakwa wang 1MDB sebanyak AS$11 juta disalurkan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho bagi melangsaikan hutang judinya di Las Vegas.

Tiada ulasan: