"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Dr M: Ada 4 Tan Sri, seorang mungkin khianat

Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan terdapat empat individu bergelar 'Tan Sri' dan salah seorang daripada mereka mungkin mengkhianati yang lain.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu memberi gambaran tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak telah "dikhianati".

"Nah ada seorang yang tidak termasuk. Terdapat empat daripada mereka, salah seorang daripada mereka tidak termasuk.

"Ada kemungkinan bahawa seorang (tidak termasuk itu) orang yang khianat," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga mempunyai gelaran kehormat itu, Mahathir menjawab: "Saya tidak tahu. Saya tidak tahu. Saya tidak mahu ditangkap."

Pada hujung minggu lalu, Mahathir mendakwa jika tidak kerana tindakan khianat itu, perdana menteri sudah tentu akan menghadapi tindakan.

Bulan lalu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamad.

Khairul Azwan mendakwa tiga Tan Sri itu memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing tanpa kebenaran dan memalsukan butiran untuk mencapai agenda mereka.

Bagaimanapun, Khalid berkata polis tidak akan menyiasat laporan ketua Pemuda Umno itu kerana ia dibuat berdasarkan andaian.

Tiada ulasan: