"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Kenapa Haji Hadi ponteng sidang Dun Terengganu

MALAYSIA DATELINE
Di kalangan penyokong yang turut hadir hari ini di Wisma Darul Iman pagi tadi.

Buat julung kalinya, pihak polis melakukan pemeriksaan badan kepada setiap individu yang memasuki Dun Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Tahun 2016 mula bersidang tepat jam 9.30 pagi tadi.

Media difahamkan, kawalan keselamatan diperketat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti dilaporkan.

Terdahulu, Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman kelihatan ceria tiba di Wisma Darul Aman pukul 9.20 pagi tadi dan disambut kira-kira 100 penyokongnya yang turut membawa kain rentang bertulis "Kami menyokong penuh kepimpinan Ahmad Razif," "#respekmyMB" serta plakad "Hidup MB".

Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bagi penggal keempat bermula pagi ini dengan semua anggota dewan hadir kecuali Ahli Dun Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semua ahli Dun daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib hadir.

Sidang yang dijadualkan berlangsung sehingga pukul 1 tengah hari turut menarik perhatian pelbagai perwakilan termasuk pelajar.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong ketika memulakan persidangan mengingatkan semua pihak supaya memilih ketenangan dan perdamaian serta mengelak permusuhan.

"Jagalah tatatertib yang berhormat, buatlah perkara yang baik untuk rakyat," katanya.

Pada PRU Ke-13, Terengganu dikuasai BN dengan majoriti tipis 17 kerusi, Pas (14) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) (1).

Sementara itu Ahmad Said berkata beliau kini 'keseorangan' ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan sebarang usul 'pelik' pada sidang berkenaan.

"Apa boleh saya buat, saya seorang sahaja," katanya yang ditemui pemberita sebelum persidangan bermula lapor Bernama.

Beliau yang merupakan bekas menteri besar menjadi tumpuan ekoran tindakannya yang kerap mengkritik Ahmad Razif.

Laporan akhbar sebelum ini meramalkan beliau akan membuat usul pelik pada sidang Dun kali ini.

Kemelut politik di Terengganu menjadi tumpuan apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dan Adun Ajil Ghazali Taib mengkritik kepimpinan Ahmad Razif.

Ahmad Razif turut mengulangi keyakinannya bahawa tiada sesuatu yang diluar jangka akan berlaku di Terengganu pada hari ini. Malah, beliau berkali-kali juga telah menjelaskan bahawa tiada pilihan raya negeri (PRN) akan berlaku.

Tiada ulasan: