"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Lagi 2,000 ahli Umno-BN bahagian Kimanis pula keluar parti

DALIA ISMAIL

Zainal Matali (kri) Ketua Cawangan Bongawan menyerahkan 1,200 borang keluar Umno kepada Datuk Seri Shafie Apdal.

Sejumlah 2,000 ahli cawangan Umno Bahagian Kimanis mengisytiharkan keluar parti kepada Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang diwakili oleh Ketua Cawangan Bongawan dan Ketua Cawangan Kampung Lubang Batu Manahan.

Ketua Cawangan Bongawan Zainal Matali ketika dihubungi Malaysia Dateline berkata, sebanyak 10 ketua cawangan dan 1,200 ahli di Dun Bongawan telah mengisytiharkan keluar parti hari ini.

"Ini hanya sebahagian kecil sahaja, kita pasti lepas ini dijangka akan ada ahli lagi akan keluar parti.

"Kita sudah tiada keyakinan lagi kepada Umno di bumi Sabah. Umno-BN tidak lagi sama macam dahulu sekarang sudah jauh tersasar daripada matlamat untuk membangunkan orang Sabah," ujarnya.

Manakala Ketua Cawangan Kampung Lubang Batu Manahan Maringgo bin Manggadak pula berkata, sebanyak empat ketua cawangan dan 800 ahli di Membakut turut mengisytiharkan keluar parti yang kebanyakannya dari ahli parti Kadazan Dusun dan Murut (KDM).

"Ada dua sebab saja kita keluar parti kerana pengantungan Datuk Seri Shafie dan kita lihat Umno-BN kini tidak lagi sehaluan dalam memperjuangkan hak orang Sabah setelah apa yang berlaku terhadap pemimpin di negeri ini," ujarnya.

Ditanya sama ada KDM akan dibubarkan dan ahlinya menyertai parti baharu yang akan ditubuhkan bekas naib presiden Umno itu kelak, Maringgo berkata," KDM pastinya akan bekerjasama dengan parti baharu untuk menumbangkan Umno-BN dalam Pilihan Raya ke 14 nanti," ujarnya ketika dihubungi.

Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum lalu dengan barisan kepimpinan di bawah Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman manakala Dewan Undangan Negeri (Dun) Bongawan Datuk Karim Bujang dan Dun Membakut Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Semalam seramai 1,500 ahli cawangan Umno-BN Bahagian Tenom mengisytiharkan mereka keluar parti membabitkan cawangan di Dun Melalap dan Kemabong.

Shafie kini dalam siri jelajahnya di 25 bahagian di Sabah selepas beliau membuat keputusan keluar Umno pada 4 Julai lalu dalam usaha untuk menarik sokongan ahli bagi tujuan penubuhan parti baharu di negeri bawah bayu itu.

Sebagai rekod pada 11 Julai lalu seramai 600 ahli Umno-BN daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi mengumumkan keluar parti serta merta kerana tidak puas hati dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tanpa dipanggil membela diri.

Naib Presiden Umno itu digantung keahliannya kemudian mengumumkan beliau keluar part pada 4 Julai lalui. Beliau dipetik berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan MT Umno yang menggantung keahliannya pada 24 Jun lalu.

Pada 27 Jun Umno Bahagian Semporna dibubarkan dengan peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin kawasan tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan MT Umno yang menggantung keahlian Shafie sementara menunggu laporan Lembaga Disiplin parti.

Maringgo Manggadak (kiri) mewakili kaum kadazan murud dusun menyerahkan 800 borang ahli keluar parti.
malaysiadateline

Tiada ulasan: