"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Tindakan Husam: Tidak mustahil semut membantu gajah...

MOHD SAYUTI OMAR
Sama ada berjaya atau tidak tetapi usaha Adun Salor Husam Musa untuk mengembalikan wang rakyat dan negara sesuatu yang terpuji dan suatu tindakan proaktif. Husam telah mengambil langkah lebih berani dan berisiko apabila menyaman lapan pihak dan individu di Amerika Syarikat berkaitan dengan kehilangan wang syarikat strategik negara 1MDB.

Husam memulakan tindakan berkenaan Khamis lepas, terhadap lapan defendan di Mahkamah Daerah New York dengan menggunakan juga segala gokumen yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakimam Amerika (DoJ) ketika mengemukakan tindakan pembekuan aset yang dicuri(?) dari 1MDB di Amerika.

Lapan pihak termasuk individu itu ialah; adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, (anak tiri Najib Razak), Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.

Menurut Husam rancangan untuk mengambil tindakan terhadap skandal 1MDB itu lebih awal daripada pengumuman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat. Sebelum atau semasa berlangsung pilihan raya negeri Sarawak, Mei lalu beliau bersama Matthias Chang sudah berbincang untuk mengambil tindakan itu.

Bekas Naib Presiden Pas dan setiausaha politik bekas PM Dr Mahathir Mohamad itu sudah berjumpa dan berbincang dengan peguam dari Amerika Syarikat mengenai tindakan undang-undang itu.

Memerhati jauh mengenai tindakan Husam dan Matthias itu sudah tentu ia dibuat atas kesedaran watan betapa wang negara dan rakyat perlu diselamatkan dan tidak merelakan wang rakyat dikhianati walaupun satu sen.

Sudah tentu Husam sebagai warganegara dan ahli politik yang prihatin tidak sanggup melihat kejadian itu dan tindakan itu adalah satu tanggungjawab dan amanahnya kepada negara. Membiarkan atau bersubahat dengannya satu dosa dan pengkhianatan kepada watan.

Saya sependapat dengan bekas Ketua Pengaran New Straits Time, A Kadir Jasin yang menyifatkan tindakan Husam dan Mathias itu sebagai tindakan patriotik. Kadir menganggap Husam dan Mathias sebagai wira tulen menyelamatkan wang negara.

Dalam pada itu, di sini saya melihat bukan sahaja keberanian dan kebertanggungjawab Husam dan Mathias, tetapi mengenai idea dan ketinggian daya kreatif tindakan politik khasnya Husam anak didik Tokguru Nik Aziz yang teraniaya itu.

Dalam saat orang lain hanya berbicara dan "mengeluh" mengenai kehilangan wang 1MDB atau pun ada yang masih membela orang dianggap terlibat dan bertanggungjawab dengan skandal itu, tetapi Husam melangkah jauh dalam tindakannya keluar dari ibu kota Kuala Lumpur hingga ke New York. Tindakan Husam ini lebih global dan tidak bersifat "main dalam perkuk".

Begitu juga ketika ahli politik bercakap soal perlunya bekas partinya itu berkolaborasi dengan Umno, namun Husam berani bertindak sebegitu yang boleh mendatangkan bahana kepada presiden parti Umno yang puna berisiko buatnya. Ertinya Husam mengorbankan kepentingannya demi rakyat dan negara.

Sesungguhnya pemimpin yang peka, kreatif dan berani bangkit seperti Husam itulah yang patut dinobatkan sebagai pemimpin sejati. Tetapi sayang kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki Husam ini disia-siakan oleh partinya sebelum ini apabila beliau dipecat tanpa dibicarakan penuh keadilan.

Pastinya mereka yang insaf akan bersama Husam dan Mathias.

Bagaimana pun tindakan Husam dan Matthias itu mungkin tidak memberi pengertian dan signifikan kepada rakyat negara ini khasnya mereka yang benci dan kesal dengan skandal 1MDB. Justeru sesuatu tindakan lebih bermakna dari rakyat dalam memberi sokongan kepada tindakan berani Husam itu perlu dibuat.

Dalam hubungan ini saya rasa antara perkara yang boleh dibuat ialah membantu Husam dan Matthias bukan sahaja dari segi moral, tetapi kewangan dan material lain juga. Misalnya mereka yang memiliki dokumen berhubung skandal itu dan sedia menjadi saksi dalam pendakwaan tersebut nanti perlu tampil kemuka untuk membela maruah negara dan memastikan pengkhianat terhukum.

Rakyat ramai boleh merealisasikan pernyataan dan komitmen mereka terhadap tindakan itu dengan mengumpul dana bagi membantu usaha itu. Mungkin orang ramai boleh bermaufakat menubuh sebuah tabung untuk menyelamatkan 1MDB? Tabung ini janganlah digerakkan oleh orang politik atau badan politik tetapi oleh rakyat awam.

Mungkin ada yang ketawa atau merasa lucu dengan cadangan ini. Mereka mencari logik mengenai cadangan ini, niat untuk membela 1MDB sedangkan badan itu sebuah institusi gergasi. Usaha ini akan diketawa seperti usaha semut untuk menyelamatkan gajah. 1MDB boleh dianggap gajah manakala rakyat yang insaf adalah semut.

Tetapi tunggu dulu, jangan mudah berasa anih dan lucu dengan ikhtiar ini.  Mungkin gajah haiwan yang besar dan semut haiwan yang kecil. Tetapi dalam realiti, tidak mustahil semut yang kecil dapat membantu sang gajah yang besar itu. Sekiranya ada maufakat di kalangan komuniti semut mereka berjaya mengangkat beban berkali ganda besar daripada mereka.

Dalam konteks 1MDB ini; jika semut tidak dapat menyelamatkan gajah secara hidup, tetapi mengusung bangkai pun sudah memadai. Ayuh bantu dan tunjukkan partisipasi anda semua demi negara. Merdeka.

Istana Budaya, KL.

Tabung Menyelamatkan 1MDB

Tiada ulasan: