"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Tuduhan zina: Pemuda Pas buat laporan polis

TANAH MERAH - Tuduhan hingga ke peringkat melakukan zina dengan pelacur Siam terhadap anggota rombongan kerajaan negeri ke Krabi, Thailand, baru-baru ini, mendorong Pemuda Pas Kelantan membuat laporan polis ke atas individu terbabit.

Laporan terhadap individu dipercayai orang sama yang didakwa membuat tuduhan tersebut melalui Facebook dan WhatsApp, dibuat di Balai Polis Tanah Merah, semalam.

Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, tuduhan itu amat berat dan boleh menimbulkan ketegangan antara parti politik kerana dibuat individu yang mempunyai jawatan dalam parti.

Katanya, laporan dibuat supaya polis menyiasat niat sebenar penghantar mesej berunsur lucah yang ditujukan kepada pemimpin Pas dan mengelakkan tindak balas daripada penyokong parti Islam itu.

“Tuduhan ini amat berat dan boleh timbulkan keresahan penyokong Pas. Perlu diingatkan, ramai penyokong bawahan yang bersedia mempertahankan pemimpin daripada fitnah,” katanya, semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Nazman Che Iberahim; Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas negeri, Razuan Awang Hamat; Ketua Pemuda Pas Tanah Merah, Mohd Darulhisham Kamaluddin dan kira-kira 20 anggota Pemuda Pas Kelantan.

Laporan polis itu juga menamakan individu dari Tanah Merah sebagai orang yang membuat tuduhan tersebut.

Individu itu didakwa menggunakan akaun Facebook ketika membuat tuduhan itu.

Tuduhan itu dipercayai ditujukan kepada ahli rombongan Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Kelantan yang mengadakan seminar pengurusan tanah di Krabi, Thailand, pada akhir bulan lalu.

Sementara itu, Nazman berkata, laporan polis itu adalah sebagai amaran kepada sesiapa sahaja supaya matang dalam berpolitik, termasuk tidak merendahkan pemimpin dalam kalangan ulama atau cuba memperlekehkan pelaksanaan syariat Islam.

“Kita harap polis dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu yang membuat tuduhan terebut berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya.
-sinarharian

Tiada ulasan: