"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Umno Terengganu cuma ada 4 pilihan tangani krisis politik negeri

MALAYSIA DATELINE
Umno di negeri Terengganu  hanya mempunyai empat pilihan dalam menangani krisis kepimpinan dan politik negeri  itu yang kini kembali bergelora untuk memastikan kedudukan parti itu kekal memerintah , kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Beliau berkata, walaupun dengan kedudukan majoriti tipis yang ada pada Umno di iaitu 17 kerusi Dun manakala pembangkang 15 kerusi, apapun keputusan yang bakal dibuat oleh pimpinan Umno sekaligus telah mengheret rakyat Terengganu di dalam krisis yang tidak berkesudahan ini.

"Walaupun Umno masih mempunyai kedudukan ‘simple majority’ di Dun namun dengan perkembangan terbaru ini, bagi saya mereka mempunyai bebera pilihan.

"Sama ada terus mempertahankan kepimpinan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar sehingga pilihan raya Umum ke 14 yang akan datang; melantik Menteri Besar yang baru;membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya Pas atau membubarkan Dun dan diadakan pilihanraya negeri.

"Rata-rata rakyat Terengganu mahu kemelut ini diselesaikan dengan segera kerana rata-rata rakyat awam sudah terlalu muak dengan sikap terlalu banyak ‘berpolitiking’ sedangkan rakyat kini dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk GST yang amat membebankan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemelut kepimpinan politik Terengganu kembali menjadi perhatian umum apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said membuat cabaran terbuka terhadap Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman agar meletakkan jawatan sehingga mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran Menteri Besar.

Beliau turut membuat pelbagai pendedahan terbuka mengenai beberapa isu seperti 1MDB yang cuba diseretkan dengan royalti minyak Terengganu, telaga minyak Bertam yang di’serahkan’ kepada kerajaan Pahang, pembinaan LPT2 yang menggunakan wang hasil minyak negeri Terengganu serta penyelewengan beberapa pimpinan tertinggi Umno Terengganu.

"Dengan perkembangan terbaru ini, kedudukan Umno sebagai parti yang memerintah di negeri Terengganu sekali lagi berada didalam keadaan terumbang-ambing.

"Pada awal Mac lalu, Datuk Seri Ahmad Said, telah cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di Dewan Undangan Negeri Terengganu sehingga mencetuskan perdebatan besar mengenai kedudukan Menteri Besar disisi perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Terengganu.

"Seperti yang saya telah tegaskan Negeri Terengganu juga sedang berhadapan dengan cabaran getir dengan penurunan drastik bajet tahunan 2016 dari RM2.3 bilion kepada hanya sekitar RM640 juta sahaja akibat dari terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada sektor minyak dan gas," ujarnya.

Justeru beliau turut menyenaraikan beberapa projek-projek mega di seluruh negeri Terengganu serta beberapa pelaburan di luar negara yang sedang ‘tenat’.

Antaranya beliau menyebut mengenai ‘Projek Taman ilmu’ di Tembila yang bernilai lebih dari RM500 juta.

"Ia dibina diatas tanah seluas 280 hektar dan sepatutnya siap pada tahun 2008. Kini projek mega ini terus terbengkalai dan berhadapan dengan kes saman Mahkamah oleh pihak kontraktor dan konsultan.

"Kedua Projek Bebas Cukai Kenyir Terengganu yang bernilai lebih RM400 juta.

"Projek ini sepatutnya beroperasi sepenuhnya pada tahun 2015 dengan menjanjikan pulangan pelaburan dari Perancis dan Cina bernilai lebih RM 2 bilion. Kini projek ini masih ‘sakit’ dengan kerajaan negeri sendiri terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar termasuk pembinaan perumahan dan kompleks Kastam.

"Ketiga, pelaburan ladang kelapa sawit bernilai lebih RM400 juta di Kalimantan, Indonesia oleh TDM Bhd.

"Pembelian kawasan ladang kelapa sawit seluas 25,000 hektar itu kini difahamkan kini bermasalah dan berada didalam keadaan yang tidak menentu dan pihak kerajaan negeri sedang berusaha untuk menjualnya kembali kepada pihak lain.

"Dan kelima pembelian syarikat makan segera Chicken Cottage dengan pelaburan bernilai RM 25 juta di United Kingdom
Pada tahun 2013, Syarikat kerajaan negeri, TI Global Food Holdings Ltd, anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) telah memperuntukkan RM25 juta untuk membeli 70 peratus kepentingan dalam syarikat makanan segera yang berpangkalan di United Kingdom, Chicken Cottage Ltd.

"Walaupun kini ia membuka cawangan pertama di Kuala Terengganu, pulamngan pelaburan adalah tidak setimpal dan kerajaan negeri terpaksa mennggung pelbagai kos sampingan yang membebankan," ujarnya.

Ujarya lagi ini tidak termasuk lagi dengan tuntutan kerajaan Terengganu kepada kerajaan Pusat seperti tuntutan royalti minyak, tuntutan telaga minyak Bertam yang di ‘serah’ kepada negeri Pahang, tuntutan pembinaan LPT2 dan pelbagai lagi projek yang di selewengkan.

"Atas rasa tanggungjawab inilah saya ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama mengenepikan sentimen ‘kepartaian sempit’ dan 'kepentingan peribadi' serta sikap terlalu banyak ‘berpolitik’ bagi memastikan kepentingan rakyat Terenganu terus di jamin dan di hormanti," ujarnya lagi.

Tiada ulasan: