"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Amanah sedia tanding tiga penjuru dengan Pas, Umno - Husam Musa

Husam Musa ketika bercakap dalam dialog satu tahun Amanah di Muar malam tadi.
Amanah lebih bersedia untuk berlawan tiga penjuru di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang berbanding satu lawan satu, kata Datuk Husam Musa, pemimpin Amanah Kelantan.

"Kita yakin kalau lawan tiga penjuru dengan Umno dan Pas, kita akan mendapat undi paling banyak," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam tadi.

Menurut Husam, Amanah juga berpeluang untuk menang sembilan dari 15 kerusi negeri yang dimenangi oleh Pas di Selangor sekarang.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan bekas Pengarah Roadmap to Putrajaya Pas pra pilihan raya umum ke 13 lalu mencadangkan kepada pemimpin Amanah di Selangor melancarkan jentera pilihan raya di kesemua 15 kerusi yang dimenangi Pas di Selangor sekarang.

Husam memberikan beberapa alasan kenapa beliau mengambil sikap dan berpandangan sedemikian.
Orang ramai yang memenuhi dewan ketika dialog satu tahun Amanah di Muar.
ALASAN

"Alasan saya, di seluruh negara, rating Umno telah turun di bawah 30% kerana isu GST, kos sara hidup, peluang pekerjaan, rakyat menderita, 1MDB, perpecahan dalam Umno dan lain-lain.

"Bermakna Umno tidak akan membuat lonjakan baru di Kelantan dan Malaysia," katanya.

Pas di Kelantan pula adalah sebuah kerajaan yang telah mentadbir tiga tahun selepas Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggal dengan pencapaian di bawah paras rendah (below par).

"Dia tidak ada dilivery, tiada program baru, tidak ada sentuhan kepada grassroot, rakyat dah muak.

"Amanah pula lahir sebagai juara di tengah-tengah Umno yang telah terkunci dan Pas yang sedang menurun. Amanah insya Allah akan berjaya di Kelantan," kata Husam disambut terikan takbir dan tepukan gemuruh para hadirin.

Atas dasar itu, katanya, beliau lebih senang pertandingan tiga penjuru di Kelantan.

"Kalau ikut rasa hati dan teori ini, saya tak nak satu lawan satu di Kelantan, saya nak tiga penjuru. Tetapi kalau dah jamaah putuskan satu lawan satu, kita nak buat macamana," katanya.

Tetapi, kata Husam, beliau mahu beritahu Pas, di Kelantan khususnya, Amanah mahu pertandingan tiga penjuru.

"Silakan isya Allah, Pas kuat, Amanah parti kecil. Izinkan pertandingan tiga penjuru di Kelantan, kita lihat sipa akan bentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

"Dengan bahasa inilah sahaja baru Pas faham," katanya merujuk kepada sikap Pas yang tidak mahu berunding dengan pihak lain bagi memastikan satu lawan satu berlaku dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Husam yang menyertai Amanah 30 Ogos lepas, pihaknya telah membuat persiapan untuk menghadapi Umno dan Pas dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan.

Husam mengulas soalan dari peserta tentang cadangan satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional.

Bagi Husam, yang membuat onar dalam cadangan satu lawan satu adalah Pas.

Secara tersurat dan tersirat, Pas mahu memastikan kerajaan Melayu Islam dikekalkan.

Dengan cara itu, katanya, pertandingan tiga penjuru diperlukan untuk memastikan Umno menang walaupun ia tidak disebut secara terbuka.
-malaysiadateline

Tiada ulasan: