"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Di sebalik pertemuan Mahathir-Anwar di mahkamah

ZAMZURI MOHAMED TAHIR


Mahathir kekal menyatakan bahawa pemecatan Anwar dari kabinet Malaysia dan parti Umno bukanlah suatu kesilapan.

Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang memerlukan Pakatan Harapan ada kebenarannya dengan kunjungan Mahathir ke mahkamah semalam bagi menyokong saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan Malaysia.

Mahathir yang dikenali sebagai Perdana Menteri 10 peratus di kalangan pembangkang pada zamannya kelihatan begitu terdesak meraih sokongan Pakatan Harapan bagi menumbangkan Perdana Menteri Malaysia.

Dakwaan pembangkang bahawa peruntukan sebanyak 10 peratus perlu disediakan sebagai bayaran rundingcara,komisen atau sagu hati bukanlah suatu rahsia, malah menjadi bualan di kalangan ahli politik, pemaju projek mega dan konglomerat.

Kehadiran beliau dilihat ramai rakyat Malaysia sebagai usaha terdesak meraih simpati dan sokongan banduan tersebut, sejak 18 tahun lampau.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, Mahathir tidak pernah mengeluarkan permohonan maaf terhadap Anwar dan tidak pernah menafikan bahawa tangkapan dan pendakwaan ke atas Anwar suatu ketika dahulu merupakan sesuatu yang salah, silap atau bertentangan dengan etika dan undang-undang.

Sehingga kini Mahathir kekal menyatakan bahawa pemecatan Anwar dari kabinet Malaysia dan parti Umno bukanlah suatu kesilapan. Hakikat yang sebenarnya kita serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui. Namun Anwar telah melalui suatu proses kehakiman yang cukup panjang

Mahathir adalah lambang pengorbanan seorang bapa yang mahu menobatkan anaknya sebagai Perdana Menteri sementara Wan Azizah adalah lambang pengorbanan seorang isteri yang mahu menobatkan suaminya sebagai seorang Perdana Menteri.

Untuk mencapai cita-citanya, Mahathir berusaha keras mahu menumbangkan Najib sementara Wan Azizah berusaha keras mahu menumbangkan Mahathir.

Wan Azizah dan suaminya telah disahkan gagal untuk menumbangkan Mahathir sementara Mahathir dan anaknya terus mengalami kegagalan demi kegagalan untuk menumbangkan Najib.

Kedua-duanya sama ada Mahathir atau suami kepada Azizah merupakan punca kepada pelbagai masalah politik dan sosio-ekonomi di Malaysia memandangkan mereka mempunyai jaringan yang sangat kuat dan dana yang sangat banyak sepanjang berada di puncak kekuasaan parti dan kerajaan, suatu ketika dahulu.

Apabila Mahathir hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim menyaman Kerajaan Malaysia berhubung Akta MKN, ada segelintir kecil rakyat Malaysia melihat ia suatu permulaan sebuah pakatan baharu yang bakal memberi saingan kuat terhadap kepimpinan Negara.

Hakikat yang perlu difahami adalah agenda peribadi Anwar sangat bertentangan dengan agenda peribadi Mahathir.

Penulis Zamzuri Mohamed Tahir adalah seorang Aktivis dan Perunding Media Sosial.

Tiada ulasan: