"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Senator ugut bunuh kami - AJK Umno Gombak

Khairil Ashraf
KUALA LUMPUR: Dua ahli jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Gombak hari ini mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang ahli Dewan Negara.

Mohd Farouk Mohamad Ramli dan Azmi Iswan berkata mereka menerima ugutan itu daripada salah seorang pemimpin Umno bahagian itu, ketika Persidangan Puteri Umno Gombak pada 14 Ogos lalu.

“Eh marilah, yang mati dah mati dah, ni ada lagi yang nak mati… 3 tahun aku dah tahan,” menurut Farouk memetik kata-kata senator berkenaan.

“Sambil menjerit dia berkata dan terus nak menyerang saya,” katanya kepada wartawan hari ini.

Farouk berkata laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selayang pada 15 Ogos, tetapi masih belum ada tindakan.

Azmi mendakwa beliau turut menerima ugutan pada hari dan tempat yang sama, selesai persidangan.

“Dia cakap, Mi apa yang kau tak puas hati. Dia bawa saya ke tempat lain,” katanya.

Azmi berkata dia sebelum ini mempersoalkan kehadiran senator tersebut mewakili Umno Gombak ke Persidangan Umno Petaling Jaya Selatan.

Azmi berkata sedang mempertimbangkan membawa perkara terbabit kepada Biro Pengaduan Umno.

Sementara itu, usaha FMT menghubungi senator terbabit masih buntu.

Tiada ulasan: