"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Tun M mengadap Agong hantar memorandum Deklarasi Rakyat

MALAYSIA DATELINE
Tun Dr Mahathir menandatangani buku pelawat di Istana Anak Bukit semalam.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia'.

Perkara ini dimaklumkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menerusi whataspps memberitahu bahawa pertemuan itu berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah petang semalam.

"Tun Mahathir hantar memorandum Deklarasi Rakyat kepada YDP Agong di Istana Anak Bukit jam 4.30 petang pada 15 September.

"Ia adalah satu pertemuan empat mata antara kedua-duanya. Mesyuarat itu berlangsung kira-kira satu jam lima belas minit," kata Khairuddin.

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu berkata Mahathir membawa Deklarasi Selamatkan Malaysia dan juga dokumen yang didakwa ditandatangani 1.3 juta rakyat Malaysia bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai butiran perbincangan yang berlansung semalam.

Pada 13 Mei 2016, Tun Mahathir mengumumkan bahawa beliau akan membawa 1.2 juta tandatangan yang telah diperolehi kepada Raja bagi membuktikan bahawa rakyat kini mahu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakkan jawatan.

Tiada ulasan: