"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Ahli Parlimen Temerloh Nasaruddin Hassan Tantawi tunjuk handal engkar perintah mahkamah?

MALAYSIA DATELINE

Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi telah gagal menyelesaikan arahan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang seperti yang dipersetujui, berkenaan penyelesaian damai yang dirakamkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 18.1.2016.

"Perintah tersebut dengan jelas mengarahkan defendan membayar RM10,000 sebagai kos kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang," kata satu kenyataan oleh Pegawai Khas Undang-undang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Raja Syarafina Raja Shuib.

Menurut kenyataan berkenaan, akibat kelewatan yang timbul berikutan usaha pihak-pihak memuktamadkan terma-terma Perintah tersebut, Perintah tersebut hanya berjaya diekstrak dari pihak Mahkamah yang Mulia pada 14.9.2016.

"Dalam pada ini, penyampaian Perintah tersebut telah dilakukan oleh firma peguam yang mewakili Ketua Menteri ke atas Defendan menerusi pos berdaftar (AR Registered Post) serta peguam Defendan pada 19.9.2016.

Namun katanya, sekurang-kurangnya 3 minggu telah berlalu tanpa apa-apa bayaran daripada pihak Defendan.

"Ini ialah arahan daripada Mahkamah yang Mulia untuk Defendan membuat bayaran tersebut serta membuktikan bahawa memang Defendan menzahirkan perasaan kesal beliau atas tuduhan yang tidak berasas ke atas YAB KM dan menarik balik artikelnya.

"Kegagalan atau kengganan Defendan untuk membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah.

"Sekiaranya pihak Nasaruddin terus tidak mengambil tindakan sewajarnya, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengarahkan peguam beliau untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya dalam perkara ini," katanya.

--------------------------

Nasrudin: Guan Eng pun belum bayar RM500

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menjelaskan beliau belum membayar pampasan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana berada di luar negara ketika tempoh bayaran berakhir 28 September lalu.

Beliau juga menyelar tindakan pegawai pegawai khas undang-undang ketua menteri yang membuat kenyataan akhbar mengaitkan beliau dengan tindakan menghina mahkamah, hanya dalam tempoh lebih seminggu dari tarikh akhir tuntutan.

“Saya baru sahaja pulang dari luar negara akhir September baru-baru ini,” tambahnya.

“Saya sendiri sebenarnya telah merancang untuk lunaskan kos mahkamah tersebut dalam tempoh terdekat ini setelah menyelesaikan beberapa urusan penting yang tertunggak sepanjang saya berada di luar negara tempoh hari.”

Raja Syarafina Raja Shuib hari ini berkata, ketua menteri telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang baru yang sewajarnya kepada Nasrudin.

Raja Syarafina berkata sekurang-kurangnya selepas tiga minggu, Nasrudin masih gagal membayar kos pampasan, setelah menarik balik kenyataannya berikutan disaman Lim.

Kata peguam itu, kegagalan atau keengganan defendan membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah.

Nasrudin, anggota parlimen Temerloh pada 18 Januari lalu, menarik balik sebahagian kenyataannya pada 6 Ogos 2014 dan mengaku ia tiada asas.

Persetujuan bersama itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Nasrudin diperintah membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.

Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwa beliau menganugerahkan projek pembinaan terowong dasar laut RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd secara rundingan terus, walaupun Pakatan Rakyat menentang cara itu.

8 bulan materai penghakiman

Dalam kenyataan petang ini, Nasrudin berkata, penghakiman meterai hanya diserahkan kepada peguam caranya pada 19 September, yang memberi masa 14 hari untuk menyelesaikan kos mahkamah.

Tempoh itu berakhir pada 28 September, lebih seminggu yang lepas.

Manakala notis tuntutan kos rasmi untuk tujuan prosiding perlaksanaan dan bagi memaksanya membayar kos itu, kata Nasrudin, baru sahaja diterima peguamnya pagi ini, serentak dengan kenyataan media Raja Syarafina.

Nasrudin juga berkata Raja Syarafina seharusnya menyemak fakta tentang kelewatan peguam Lim sendiri memeterai penghakiman itu sehingga mengambil masa lapan bulan daripada tarikh penghakiman sebenar.

“Selepas tarikh 18 Januari 2016 tersebut, keseluruhan urusan untuk memeterai penghakiman adalah tanggungjawab peguam LGE (Lim) justeru sebarang kelewatan perlulah dipertanggungjawabkan ke atas peguam tersebut,” katanya.


“Justeru sekali lagi pegawai khas undang-undang LGE kelihatan berniat tidak baik bagi menggambarkan seolah-olah saya sengaja mengabaikan perintah mahkamah sejak 18 Januari 2016,” katanya.

Sementara itu, Nasrudin berkata, jika tidak dibayar sekali pun, ia tidak mengakibatkan penghinaan kepada mahkamah, sebaliknya hanya bersifat liabiliti sivil (hutang penghakiman) sebagaimana tuntutan hutang lain.

“Liabiliti sivil pada bila-bila masa tidak akan mengakibatkan proses menghina mahkamah tetapi hanya membolehkan LGE meneruskan prosiding perlaksanaan untuk tujuan pemaksaan bayaran (execution proceeding @ recovery process),” katanya.

Katanya, jika kegagalan membayar kos dianggap menghina mahkamah, Lim juga masih belum membayar kos pembatalan saman padanya sebanyak RM500 yang diperintahkan.

“Namun saya tidak bersedia untuk menjadikan isu picisan seperti itu memburukkan LGE, tidak sebagaimana yang dilakukan olehnya melalui pegawainya pada hari ini,” katanya.
-malaysiakini

Tiada ulasan: