"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Muhyidin jumpa Anwar di mahkamah, jalin kerjasama lawan BN

Muhyidin keluar dari mahkamah selepas berjumpa dengan Anwar dengan harapan usaha lawan BN dapat diperkemaskan. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyidin Yassin pula bertemu dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

Muhyidin dilihat berbincang dengan Anwar dalam bilik saksi dengan kehadiran Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail serta Nurul Izzah, anak Anwar.

Muhyidin ketika ditemui wartawan selepas itu berharap dapat menjalin kerjasama di kalangan parti pembangkang dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum nanti.

"Kita harap kerjasama yang hendak dijalinkan dalam satu pakatan yang kukuh untuk menghadapi BN dalam pilihan raya umum akan datang dapat dilaksanakan," kata Muhyidin.

Beliau sendiri dapat merasai sentimen itu selepas pertemuan bersejarah itu, kata Muhyidin.

SAMAN UTUSAN

Anwar keluar dari penjara ke mahkamah hari ini untuk perbicaraan saman beliau terhadap Utusan Malaysia.

Kedua-duanya dikatakan sedang menyelesaikan tuntutan itu tanpa perbicaraan dan syarikat media milik Umno itu dikatakan sedang berunding jumlah bayaran.

Turut kelihatan di mahkamah adalah Datuk Abdul Aziz Ishak, Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu.

Di samping itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya yang juga menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali serta Nurul Izzah Anwar turut kelihatan di mahkamah hari ini.

Tiada ulasan: