"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Nik Amar minta royalti minyak dari Orang Asli ke?

Pembalakan boleh henti, jika bayar royalti minyak, kata timbalan MB
Khairil Ashraf 

PETALING JAYA: Aktiviti pembalakan di Kelantan boleh dihentikan, jika kerajaan pusat membayar royalti minyak mengikut perjanjian asal, kata timbalan menteri besar negeri itu.

“Balak hasil utama negeri. Kita boleh berhenti kalau kerajaan pusat bayar royalti minyak sebagaimana perjanjian,” kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada FMT hari ini.

Beliau mengulas gesaan Pengarah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel yang mahu semua aktiviti pembalakan di Kelantan dibekukan dan kerajaan negeri serta Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob perlu “menghentikan sindrom penafian” dan menunjukkan kepimpinan dengan memperkenalkan dasar ketat menguruskan hutan.

Rabu lalu, seorang Orang Asli nyaris terputus kakinya ketika 160 Orang Asli dan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) cuba mempertahankan penghalang jalan daripada dirobohkan 30 lelaki bersama 3 anggota polis berseragam di penempatan Orang Asli Pos Simpor, dekat Gua Musang.

Setiausaha JKOAK, Mustafa Along, 29, bersama 2 Orang Asli, iaitu Manglo Tegau, 24, dan Salim Tegau, 31, turut ditahan kerana enggan bekerjasama, sebelum dibebaskan.

Nik Amar yang juga exco pembangunan wilayah, tanah, pelaburan dan sumber asli berkata, aktiviti pembalakan di Gua Musang bukan pencerobohan, kerana pihak terbabit mempunyai konsesi di Hutan Simpan Kekal Balah.

“Isu di Gua Musang bukan pencerobohan. Pembalakan dibuat dengan lesen. Kelantan dianugerah sijil pengurusan hutan terbaik oleh Jabatan Perhutanan,” tegasnya.


----------------

Cukup dengan penafian, Kelantan digesa bertindak pembalakan haram
FMT Reporters

PETALING JAYA: Sebuah badan pemantau rasuah hari ini melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan mengenai tahap pembalakan haram di Kelantan, dan mahu semua aktiviti pembalakan di negeri itu dibekukan.

Ia beberapa hari selepas ratusan penduduk Orang Asli bergelut dengan pihak berkuasa yang cuba menghalang pencerobohan hutan.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata perlu ada gambaran penuh tentang apa yang berlaku di sebalik industri pembalakan di negeri yang ditadbir PAS itu.

Ia juga menggesa kerajaan negeri dan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob “menghentikan sindrom penafian” dan menunjukkan kepimpinan dengan memperkenalkan dasar ketat menguruskan hutan.

“Pembalakan berleluasa dikenal pasti antara punca kejadian banjir luar biasa di pantai timur sejak beberapa tahun, terutama kejadian tanah lumpur yang membanjiri beberapa kawasan di Kelantan pada 2014,” kata Pengarah C4, Cynthia Gabriel.

Rabu lalu di penempatan Orang Asli Pos Simpor dekat Gua Musang, seorang nyaris terputus kakinya ketika 160 Orang Asli dan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) cuba mempertahankan penghalang jalan daripada dirobohkan 30 lelaki bersama 3 anggota polis berseragam.

Setiausaha JKOAK, Mustafa Along, 29, bersama 2 Orang Asli, iaitu Manglo Tegau, 24, dan Salim Tegau, 31, turut ditahan kerana enggan bekerjasama, sebelum dibebaskan.

Industri pembalakan di Kelantan kerap dipersoalkan.

Pada 29 September, Perhutanan Kelantan mendedahkan sejumlah 7,248 hektar daripada lebih 600,000 hektar Hutan Simpan Kekal diteroka secara haram sejak 1980-an. Bagaimanapun, ia menafikan pembalakan berleluasa disebabkan kelulusan lesen pembalakan oleh pihak berkuasa negeri.

“Kami terkejut amalan sedemikian tidak menerima hukuman dan tidak ada tindakan penguatkuasaan ke atas pesalah,” kata Cynthia.

Beliau juga menyelar “penafian serta merta” Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Persatuan Pembalak Kelantan, dan berkata ia hanya menguatkan kesangsian terhadap usaha pihak tertentu cuba membela pesalah.

Sabtu lalu, bekas Exco kanan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri perlu membekukan kegiatan pembalakan di Gua Musang buat sementara waktu dan melantik perunding bebas bagi menjalankan kajian itu.

Katanya, jika didapati pembalakan menjejaskan kehidupan Orang Asli, kerajaan negeri perlu mempertimbangkan pemberian hak milik tanah berserta syarat sesuai kepada komuniti terbabit.

Tiada ulasan: